Tuesday, October 28, 2014

LAPORAN AKTIVITI BULAN PATRIOTISME 2014

SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL

LAPORAN AKTIVITI BULAN PATRIOTIK 2014

DISEDIAKAN OLEH :
YOGESWARY A/P SUPRAMANIAM (PENYELARAS)
SANTIYA A/P PARTHIPPEN (SETIAUSAHA)


UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL

LAPORAN AKTIVITI BULAN PATRIOTIK 2014

1.0  PENGENALAN

Aktiviti Bulan Patriotik 2014 telah dilaksanakan di Sekolah Sukan Bukit Jalil bermula 15 Ogos 2014 sehingga 12 September 2014. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Pidato Kemerdekaan, Pertandingan Sajak, Pertandingan Busana Kemerdekaan, Pertandingan ‘Selfie’ Kemerdekaan, Pertandingan Multimedia, Pertandingan Keceriaan Kelas, Pertandingan Melafaz Rukun Negara, dan Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan.   Aktiviti-aktiviti ini diadakan untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam diri pelajar SSBJ sempena bulan kemerdekaan. Aktiviti Bulan Patriotik yang berjalan selama sebulan telah diakhiri dengan Sambutan Hari Malaysia dan Penutupan Bulan Patriotisme pada 24 September 2014.


2.0  OBJEKTIF

 Objektif program ini ialah:
2.1   Memupuk semangat patriotik dalam diri warga SSBJ
2.2  Melahirkan semangat bangga akan pemimpin-pemimpin negara yang berjaya mendapatkan kemerdekaan tanah air.
2.3  Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dalam setiap aktiviti sekolah.
2.4  Memupuk semangat daya saing dalam diri para pelajar melalui penyertaan mereka dalam pelbagai pertandingan.
2.5  Menghargai kerjasama yang dimulakan oleh pemimpin-pemimpin negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa seterusnya mengadaptasikannya dalam kehidupan harian.

3.0  TARIKH DAN TEMPAT MAJLIS

Tarikh : 15 Ogos 2014 – 12 September 2014
Tempat: Ikut kesesuaian pertandingan


4.0  KUMPULAN SASARAN/ PESERTA

Terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Satu hingga PRA-U dan guru-guru SSBJ.

5.0  JAWATANKUASA AKTIVITI SEPANJANG BULAN PATRIOTIK 2014

PENYELARAS               : PN. YOGESWARY A/P SUPRAMANIAM
SETIAUSAHA               : CIK SANTIYA A/P PARTHIPPEN

BIL
AKTIVITI
KATEGORI
GURU YANG BERTANGGUNGJAWAB
1
PERTANDINGAN MENCIPTA PIDATO
BAHASA MALAYSIA

PRAUNIVERSITI

MEN. ATAS
MEN. BAWAH


PN.RAJA NORWATI BTE RAJA HAMRAN(K)

EN. MOHAMMAD KHAIDIR B. MOHAMAD NOOR (K)

2
PERTANDINGAN MENCIPTA SAJAK KEMERDEKAAN
BAHASA INGGERIS

PRAUNIVERSITI

MEN.ATAS
MEN.BAWAH


PN. AZLEEN BTE ABDUL GHANI(K)

CIK NURUL LIYANA BTE KAMARUL FITRI(K)

3
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KEMERDEKAAN
MEN. ATAS
MEN. BAWAH
PN. NORSYAHIDA BTE MAHADI(K)
4
PERTANDINGAN MELAFAZ RUKUN NEGARA
TINGKATAN 1
EN. MOHD SHAM KHAIRUL BIN MOHD PILUS(K)
5
PERTANDINGAN MEREKA BUSANA KEMERDEKAAN
TERBUKA

EN. ZAFRULLAH BIN SAHUDIN(K)
6
PERTANDINGAN FOTOGRAFI
TERBUKA
EN. MOHAMAD FIRDAUS BIN IBRAHIM(K)
7
PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS
PRAUNIVERSITI

MEN.ATAS
MEN.BAWAH
PN.SITI HUSNA BTE AHMAD RAMLI(K)

PUAN NUR ELEYNA SHARIF(K)
8
PERTANDINGAN VIDEO KLIP KEMERDEKAAN
PRAUNIVERSITI
EN. MIOR ABDUL RAZAK B. KAMARUZAMAN(K)




6.0  RUMUSAN PERJALANAN AKTIVITI
Aktiviti-aktiviti berlangsung mengikut panitia masing-masing. Contohnya, Pertandingan Pidato dan Pertandingan Mencipta Sajak Kemerdekaan dijalankan  oleh guru-guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Terdapat aktiviti yang mengambil masa beberapa jam sahaja untuk dijalankan dan terdapat juga aktiviti yang mengambil masa yang lama. Sebagai contoh, Pertandingan Mereka Busana Kemerdekaan dan Pertandinagan Melafaz Rukun Negara  hanya mengambil masa lebih kurang tiga jam untuk dijalankan manakala Pertandingan Mencipta Sajak, Pertandinagan Video Klip dan Pertandingan Fotografi Kemerdekaan mengambil masa tiga  hingga empat minggu. Pemenang ditentukan melalui markah yang diberikan oleh guru-guru yang menjalankan aktiviti serta hasil pemantauan penyelaras dan setiausaha aktiviti. Pemenang-pemenang seterusnya telah diberikan sijil penghargaan serta hadiah pada Hari Penutupan Bulan Patriotisme dan Sambutan Hari Malaysia pada 24 September 2014. Pada hari tersebut juga, rakaman perjalanan aktiviti, lukisan-lukisan pelajar serta gambar-gambar fotografi yang telah dihantar oleh peserta telah dipamerkan dalam bentuk video klip.

7.0  RUMUSAN KESELURUHAN
Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti pada Bulan Patriotik telah berlangsung dengan baik dan mendapat sambutan yang memuaskan daripada pelajar-pelajar. Semua guru yang terlibat telah memeberikan kerjasama bagi menjayakan program ini.


LAMPIRAN:


1. PERTANDINGAN BUSANA KEMERDEKAAN







2. PERTANDINGAN PIDATO KEMERDEKAAN





3. PERTANDINGAN SAJAK KEMERDEKAAN





 4. PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS



5. PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KEMERDEKAAN




6. PERTANDINGAN FOTOGRAFI KEMERDEKAAN









7. PERTANDINGAN MELAFAZ RUKUN NEGARA




Wednesday, March 19, 2014

BANI UMAIYAH... Tingkatan 4, Bab 6




















                                                                                                             oleh: PK SANTIYA