SEKOLAH
SUKAN BUKIT JALIL
LAPORAN
AKTIVITI BULAN PATRIOTIK 2014
DISEDIAKAN
OLEH :
YOGESWARY
A/P SUPRAMANIAM (PENYELARAS)
SANTIYA
A/P PARTHIPPEN (SETIAUSAHA)
UNIT
KOKURIKULUM SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL
LAPORAN
AKTIVITI BULAN PATRIOTIK 2014
1.0 PENGENALAN
Aktiviti Bulan
Patriotik 2014 telah dilaksanakan di Sekolah Sukan Bukit Jalil bermula 15 Ogos
2014 sehingga 12 September 2014. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan
Pidato Kemerdekaan, Pertandingan Sajak, Pertandingan Busana Kemerdekaan,
Pertandingan ‘Selfie’ Kemerdekaan, Pertandingan Multimedia, Pertandingan
Keceriaan Kelas, Pertandingan Melafaz Rukun Negara, dan Pertandingan Melukis
Poster Kemerdekaan. Aktiviti-aktiviti
ini diadakan untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam diri pelajar SSBJ
sempena bulan kemerdekaan. Aktiviti Bulan Patriotik yang berjalan selama
sebulan telah diakhiri dengan Sambutan Hari Malaysia dan Penutupan Bulan
Patriotisme pada 24 September 2014.
2.0
OBJEKTIF
Objektif program ini ialah:
2.1
Memupuk semangat patriotik dalam diri warga
SSBJ
2.2
Melahirkan semangat bangga akan
pemimpin-pemimpin negara yang berjaya mendapatkan kemerdekaan tanah air.
2.3
Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif
dalam setiap aktiviti sekolah.
2.4
Memupuk semangat daya saing dalam diri para
pelajar melalui penyertaan mereka dalam pelbagai pertandingan.
2.5
Menghargai kerjasama yang dimulakan oleh
pemimpin-pemimpin negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa seterusnya
mengadaptasikannya dalam kehidupan harian.
3.0
TARIKH DAN TEMPAT MAJLIS
Tarikh : 15 Ogos
2014 – 12 September 2014
Tempat: Ikut
kesesuaian pertandingan
4.0
KUMPULAN SASARAN/ PESERTA
Terdiri daripada
pelajar-pelajar Tingkatan Satu hingga PRA-U dan guru-guru SSBJ.
5.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEPANJANG BULAN
PATRIOTIK 2014
PENYELARAS : PN. YOGESWARY A/P SUPRAMANIAM
SETIAUSAHA : CIK SANTIYA A/P PARTHIPPEN
BIL
|
AKTIVITI
|
KATEGORI
|
GURU
YANG BERTANGGUNGJAWAB
|
1
|
PERTANDINGAN
MENCIPTA PIDATO
|
BAHASA
MALAYSIA
PRAUNIVERSITI
MEN.
ATAS
MEN.
BAWAH
|
PN.RAJA
NORWATI BTE RAJA HAMRAN(K)
EN.
MOHAMMAD KHAIDIR B. MOHAMAD NOOR (K)
|
2
|
PERTANDINGAN
MENCIPTA SAJAK KEMERDEKAAN
|
BAHASA
INGGERIS
PRAUNIVERSITI
MEN.ATAS
MEN.BAWAH
|
PN.
AZLEEN BTE ABDUL GHANI(K)
CIK
NURUL LIYANA BTE KAMARUL FITRI(K)
|
3
|
PERTANDINGAN
MELUKIS POSTER KEMERDEKAAN
|
MEN.
ATAS
MEN.
BAWAH
|
PN.
NORSYAHIDA BTE MAHADI(K)
|
4
|
PERTANDINGAN
MELAFAZ RUKUN NEGARA
|
TINGKATAN
1
|
EN.
MOHD SHAM KHAIRUL BIN MOHD PILUS(K)
|
5
|
PERTANDINGAN
MEREKA BUSANA KEMERDEKAAN
|
TERBUKA
|
EN.
ZAFRULLAH BIN SAHUDIN(K)
|
6
|
PERTANDINGAN
FOTOGRAFI
|
TERBUKA
|
EN.
MOHAMAD FIRDAUS BIN IBRAHIM(K)
|
7
|
PERTANDINGAN
KECERIAAN KELAS
|
PRAUNIVERSITI
MEN.ATAS
MEN.BAWAH
|
PN.SITI
HUSNA BTE AHMAD RAMLI(K)
PUAN
NUR ELEYNA SHARIF(K)
|
8
|
PERTANDINGAN
VIDEO KLIP KEMERDEKAAN
|
PRAUNIVERSITI
|
EN.
MIOR ABDUL RAZAK B. KAMARUZAMAN(K)
|
6.0
RUMUSAN PERJALANAN AKTIVITI
Aktiviti-aktiviti
berlangsung mengikut panitia masing-masing. Contohnya, Pertandingan Pidato dan
Pertandingan Mencipta Sajak Kemerdekaan dijalankan oleh guru-guru Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu. Terdapat aktiviti yang mengambil masa beberapa jam sahaja untuk
dijalankan dan terdapat juga aktiviti yang mengambil masa yang lama. Sebagai
contoh, Pertandingan Mereka Busana Kemerdekaan dan Pertandinagan Melafaz Rukun
Negara hanya mengambil masa lebih kurang
tiga jam untuk dijalankan manakala Pertandingan Mencipta Sajak, Pertandinagan
Video Klip dan Pertandingan Fotografi Kemerdekaan mengambil masa tiga hingga empat minggu. Pemenang ditentukan
melalui markah yang diberikan oleh guru-guru yang menjalankan aktiviti serta
hasil pemantauan penyelaras dan setiausaha aktiviti. Pemenang-pemenang
seterusnya telah diberikan sijil penghargaan serta hadiah pada Hari Penutupan
Bulan Patriotisme dan Sambutan Hari Malaysia pada 24 September 2014. Pada hari
tersebut juga, rakaman perjalanan aktiviti, lukisan-lukisan pelajar serta
gambar-gambar fotografi yang telah dihantar oleh peserta telah dipamerkan dalam
bentuk video klip.
7.0 RUMUSAN KESELURUHAN
Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti pada Bulan
Patriotik telah berlangsung dengan baik dan mendapat sambutan yang memuaskan
daripada pelajar-pelajar. Semua guru yang terlibat telah memeberikan kerjasama
bagi menjayakan program ini.
LAMPIRAN:
1. PERTANDINGAN BUSANA KEMERDEKAAN
2. PERTANDINGAN PIDATO KEMERDEKAAN
3. PERTANDINGAN SAJAK KEMERDEKAAN
4. PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS
5. PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KEMERDEKAAN
6. PERTANDINGAN FOTOGRAFI KEMERDEKAAN
7. PERTANDINGAN MELAFAZ RUKUN NEGARA