Saturday, March 15, 2014

TAMADUN MESOPOTAMIA ( BAB1, TINGKATAN 4)






Tamadun terawal di dunia lahir di wilayah yang dikenali sebagai Mesopotamia.  PerkataanMesopotamia berasal daripada bahasa Yunani yang bermaknatanah di antara dua sungai.  Wilayah Mesopotamia ini terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hinggalah ke Teluk Parsi.  Kawasan ini dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya, dan  Teluk Parsi di bahagian selatan. 

PETA MESOPOTAMIA


Tamadun ini telah berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000-5000 S.M..  Pada sekitar tahun 3500 S.M., wilayah Mesopotamia ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal.  Terdapat banyak kerajaan yang muncul, berkembang dan akhirnya jatuh di lembah Mesopotamia.  Kerajaan terawal ialah Kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 S.M. dan kerajaan yang terakhir ialah Chaldea yang jatuh pada tahun 539 S.M..  Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan yang penting seperti yang tertera di bawah.

KERAJAAN -KERAJAAN DALAM TAMADUN MESOPOTAMIA


 CIRI-CIRI TAMADUN MESOPOTAMIA


  •  Setiap negara kota itu terbahagi kepada kawasan utama, iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota, dan pelabuhan.  
  • Setiap negara kota ini juga mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan  sesebuah kota.  
  • Di dalam kota pula terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumak kedai dan pasar dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan lebar.  
  • Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat pada masa itu.  (ZIGURAT)
ZIGURAT

  • Setiap kota juga mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.  Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai. 
  • Antara jalan penghubung utama termasuklah jalan yang menhubungkan sumeria dan kota mari yang digunakan oleh perdagangan dari luar Mesopotamia.
  • Masyarakat negara kota terbahagi kepada 2 golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat.  Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera, dan orang bangsawan.  Golongan rakyat terbahagi kepada 2, iaitu rakyat bebas seperti pertani, artisan serta perdagangan, dan hamba yang terdiri daripada tawanan perang.  Susun lapis masyarakat ini dapat dilihat seperti rajah dibawa. 
                                   

SUSUN LAPIS MASYARAKAT MESOPOTAMIA 

                      


  • Dalam tamadun Mesopotamia, raja merupakan pemerintah.  Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk teokrasi.  Di bawah sistem ini dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilih negara kota.  
  • Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau Wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai Tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291-2255S.M.) di Akkad. 


SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA


  • Kod Undang-undang Hammurabi. Kod Undang-undang ini digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon.   Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar, oleh itu rakyat dapat membaca undang-undang tersebut.  Kod un dang-undang Hammurabi telah menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.
KOD UNDANG-UNDANG HAMMURABI
  • Kewujudan sistem tulisan (CUNEIFORM) telah membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis.  Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat direkodkan. Dalam perdagangan, kesemua urusan jual belinya desertakan dengan resit, nota dan surat kredit.

  • sistem tulisan ini juga telah melahirkan tradisi kesusasteraan.  Antara hasil kesusasteraannya yang terkenal termasuklah epik Gilgamesh yang merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia.  Epik ini mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.
  • Tamadun Mesopotamia juga menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi.  Pencerapan terhadap pergerakan bulan bintang dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik spt sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.
  • Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.
  • Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khursus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya.  Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya.  Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sbg panduan kepada pengamal perubatan.
  • Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman.  Penciptaan roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatan hasil pertanian di samping mengawal banjir.
TAMAN TERGANTUNG BABYLON
  • Ciptaan alat pengangkutan yang terawal kpd dunia.  Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M..  Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di India serta wilayah di kawasan laut Mediterranean.
  • Tamadun Mesopotamia memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu bata drpd tanah liat.  Dalam seni bina, mereka telah mencipta arca dan tiang batu.  Contoh arca tersebut ialah patung raja Gudea.  Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni bina Zigurat. 


No comments:

Post a Comment