Thursday, August 1, 2013

KEM PEMANTAPAN SPM

KEM PEMANTAPAN SPM 2013 telah diadakan di SSBJ dari 29 Julai 2013- 2 Ogos 2013. Kem ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar Tingkatan Lima SSBJ menjawab soalan-soalan SPM. Kem ini juga membantu para pelajar bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mengharungi cabaran SPM.

Antara langkah yang diambil oleh guru-guru SSBJ ialah memanggil penceramah-penceramah yang berpengalaman untuk memberikan tips-tips bagi menjawab soalan peperiksaan. Selain itu, terdapat juga beberapa orang guru SSBJ yang memberi seminar khas kepada pelajar-pelajar bagi sesuatu mata pelajaran.

SEMINAR MENJAWAB SOALAN SEJARAH

Bagi menjawab mata pelajaran Sejarah, guru Sejarah, En. Jusvinder telah memanggil penceramah (guru cemerlang Sejarah) iaitu, En. Mahendran a/l Tholasi @Mike Mahendran.
Seminar ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari puluh 10 pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari. Seminar pada kali ini lebih banyak menyentuh tentang cara-cara menjawab Sejarah Kertas 3. En. Mahendran telah memberikan tips menjawab soalan-soalan KBKK.