Friday, February 14, 2014

MASYARAKAT PRASEJARAH DAN CARA HIDUP MEREKA...


Paleolitik Awal
Tempat tinggal : Tinggal dalam gua secara nomad dalam kumpulan kecil. Sebab - menahan kesejukan di luar dan gangguan binatang buas.
Kegiatan ekonomi : memburu binatang, memungut hasil hutan dan menangkap ikan.
Alatan / Kemahiran : Alat dr batu yang ditajamkan sebahagian untuk tujuan memotong. Alat batu juga kasar buatannya . Digunakan sebagai senjata dan barang perhiasan. Cth alat : fist hatchet atau kapak tangan yg berfungsi sbg gergaji, pisau dan kapak. Juga menggunakan kaedah merepih batu. Juga menggunakan scrapper dan panah. Mempunyai kemahiran komunikasi dan menurunkan ilmu pengetahuan secara turun temurun.
    rangka manusia prasejarah

Kesenian : Terdapat lukisan dan ukiran iaitu melukis pergerakan objek, mural dr binatang yg berlari, melompat, meragut, mengunyah makanan, melukis garis tambahan utk menunjukkan bahagian anggota bdn binatang yg bergerak.
Kepercayaan : Animisme - percaya kpd roh dan benda ghaib yang membawa kpd malapetaka dan kebaikan. Amalan ritual - upacara pengebumian.

  ilustrasi corak kehidupan masyarakat prasejarah

Paleolitik Akhir
Tempat tinggal : Tinggal dalam gua dalam kelompok kecil secara nomad. Struktur lebih teratur.Bukti - penemuan tulang binatang di Salutre menunjukkan mereka memburu dalam kumpulan dan hasil dikongsi bersama.
Kegiatan ekonomi : memburu, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan bercucuk tanam.
Alat dan Kemahiran : Peralatan batu yg lebih bermutu dan lebih halus. Dibuat dr tulang , tanduk dan gading binatang. Alat lebih komplikated iaitu jarum yg dibuat dr tulang ikan, tempuling, lembing dan ank panah. Pakaian dr kulit binatang. Perhiasan - subang dan rantai ( gigi binatang dan cengkerang). Masyarakat ini tahu memasak : bukti - di Salutre Perancis terdapat timbunan tulang dr 100000 binatang dijumpai dan terdapat kesan pembakaran pada tulang. Tahu mengira - rantai dibuat dr gigi rusa disusun horizontal dgn alat tajam sbg rekod mengenai jumlah binatang dibunuh semasa pemburuan.
Kepercayaan : percaya terhadap kuasa ghaib, upacara ritual diamalkan semasa mengebumikan mayat. Memberi penghormatan pd simati dgn melukis dan mewarnakan mayat, meletakkan kedua tgn di atas dada dan menyertakan barang2 berharga sprt subang, rantai dan alat lain sprt senjata. Lukisan terdapat dalam gua merupakan imej binatang rusa, gajah, bison yg ditembusi anak panah ataupun lembing.
Kesenian : Lukisan dan ukiran.


Mesolitik
Tempat tinggal : tinggal menetap dalam kumpulan besar dan muncul kampung. Tetapi masih terdapat yang hidup secara nomad.
Kegiatan ekonomi : memburu binatang, menangkap ikan , memungut hasil hutan dan bercucuk tanam.
Alat dan Kemahiran : Alat batu halus buatannya. Cth : harpoon dan mata kail utk menangkap ikan. Juga terdapat tembikar sprt periuk dan belanga. Kemahiran - melukis dan mengukir pada dinding gua.
Kepercayaan : terdapat upacara ritual semasa pengebumian.

  alatan daripada batu dan tulang pada zaman prasejarah

Neolitik
Petempatan : masyarakat mula menetap di kampung berdekatan sungai. Petempatan tertua ialah Jarmo , Utara Iraq dan mempunyai 150 orang tinggal dalam rumah yg dibina dr tanah liat. Catal Huyuk di selatan Turki juga meprupakan petempatan masyarakat Neolitik Rumah dibuat dr tanah liat, kayu dan batu. Antara ciri petempatan Neolitik ialah 1. rumah dibina dr tanah liat. 2. menjalankan pertanian & penternakan. 3. tradisi penggunaan tembikar. 4. rumah ibadat didirikan.
Kegiatan ekonomi : Pertanian dan penternakan disamping menangkap ikan. Aktiviti pertanian bermula di Asia Barat ( Jarmo, Jerico & Hecilar) Tanaman yg ditanam ialah gandum, barli , millet dan kacang. Penternakan - menternak binatang sprt kambing, biri-biri dan khinzir.
Pengeluaran hasil pertanian berlebihan menyebabkan berlaku pengkhususan pekerjaan. Lahir gol petani, artisan dan tukang mahir. Dan melahirkan masyarakat yg mempunyai struktur sosial yg kompleks. Perdagangan juga dijalankan secara barter.
Peralatan / Kemahiran : mencipta tenggala utk membajak sawah . Penggunaan binatang besar2an sprt kerbau dan kuda. Penemuan roda menyebabkan kereta kuda dan lembu digunakan utk mengengkut hasil pertanian. Terusan dan tali air digunakan utk mengairi kawasan pertanian. Penemuan rakit dan perahu yg menyebabkan migrasi.
Institusi sosial : Kemunculan institusi keluargayang mewujudkan organisasi sosial. Bermula keluarga dan ketua kampung. Perkahwinan - monogami dan poligami. Institusi politik terhasil dr kemajuan pertanian. Sistem pentadbiran menjd sistematik apabila ketua dilantik mengarahkan kerja pembinaan dan penyelenggaraan terusan. Akhirnya memunculkan pemerintahan dan pentadbiran yang berperanan menyelesaikan hak masyarakat, menjamin pengagihan kekayaan, menjalankan penaklukan dan mempertahankan negara.
Kepercayaan : Animisme - percaya kpd kuasa luar biasa yg dianggap suci. Masyarakat Neo mempunyai semangat atau Tuhan yang mengawal alam semesta. melakukan pemujaan utk mententeramkan semangat unsur alam bg mengelakkan sebarang bencana alam yg memusnahkan hasil pertanian. Juga mengamalkan upacara ritual dan korbanbg meningkatkan kesuburan tanamn. Cth masyarakat Red Indian menarikan tarian ritual utk menjamin bekalan makanan mencukupi....

  lukisan zaman Neolitik di dinding gua

CARTA ORGANISASI PANITIA SEJARAH TAHUN 2014

SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL
CARTA ORGANISASI PANITIA SEJARAH TAHUN 2014


PENGETUA
-DATUK CHIN LENG SIM@ MARINA CHIN-


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
-PN. HAJAH SURIANI BINTI GHANI-


GURU KANAN KEMANUSIAAN
-CIK FAUZIAH BINTI MAIL-


KETUA PANITIA
-EN. JUSVINDER PAL SINGH A/L BASAUHRA SINGH-


SETIAUSAHA PANITIA
-SANTIYA A/P PARTHIPPEN-


AHLI-AHLI PANITIA
-PN. YOGESWARI A/P SUPRAMANIAM-
-PN. SHAHANI BINTI HARON-

Monday, February 3, 2014

LATIHAN PENGUKUHAN (TINGKATAN 1, BAB 1)


BAB 1 TINGKATAN 1 : SEJARAH DAN KITA

Ms: 9-12
1 Antara berikut manakah sumber sejarah yang diperolehi melalui kaedah arkeologi ?
I Fosil
II Artifak
III Manuskrip
IV Batu bersurat
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Negeri Tapak ekskavasi
Perak
Sabah Bukit Jawa
Tingkayu


Ms: 21
2 Maklumat di atas merujuk kepada lokasi Zaman Prasejarah.
        Zaman tersebut ialah zaman
A Logam
B Neolitik
C Mesolitik
D Paleolitik

Arkib Negara

Ms: 11
     3 Lokasi di atas merupakan tempat menyimpan sumber sejarah.
Sumber sejarah yang mungkin disimpan di tempat tersebut ialah
 I  manuskrip lama
II  batu bersurat
III   fail rasmi jabatan
IV   surat khabar sezaman
A   I dan II
B   II dan III
C   III dan IV
D   I dan IV

Ms: 11

Fosil
Artifak
Batu bersurat

4 Senarai di atas merujuk kepada sumber pertama
        Kesimpulan yang dapat dibuat sumber pertama merupakan
I sumber yang sahih
II sumber yang bersifat asli
III sumber  yang telah diolah
IV sumber yang belum ditafsir
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


Sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya

 Ms: 4
5 Pernyataan di atas adalah tentang pengertian sejarah. Perngertian di atas diberikan oleh
A Herodotus
B Ibnu Khaldun
C Mohd Yusuf Hashim
D Mohd Yusuf Ibrahim

Fosil
Artifak
Surat peribadi
Fail rasmi jabatan

     Ms: 9
6 Maklumat di atas merujuk kepada sumber primer. Sumber primer merupakan
       I sumber yang tepat
      II sumber yang belum di olah
      III sumber yang belum ditafsir
      IV sumber yang ditulis oleh sejarahwan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

`Sejarahwan membawa kita mengenali jati diri dan asal usul bangsa kita ‘

   Ms: 4
7 Petikan di atas merupakan taksiran maksud sejarah.
        Siapakah yang memberikan maksud di atas ?
A Herodotus
B Kamus Dewan
C Dr.Zainal Abidin Wahid
D Prof Dato’ Dr. Muhamad Yusuff Hashim
   
Candi Batu Pahat      -       Pelabuhan Sungai Merbok, Kuala Muda Kedah              
 
 Ms: 5
8 Mengapakah penemuan candi di atas sangat penting kepada ahli sejarah ?
      A Memahami ciri pentadbiran kerajaan awal
        B Mengkaji sumber kekayaan sesebuah kerajaan
        C Menggambarkan sumber kekuatan sesuatu pemerintahan
        D Membuktikan terhadap kegiatan perdagangan antarabangsa di pelabuhan awal

    Ms : 5
9 Antara pernyataan berikut, manakah yang memberi maksud paling tepat tentang sejarah ?
         A Sejarah memberi tumpuan kepada kehidupan dan tamadun masyarakat masa
lampau
B Sejarah dikaitkan dengan peritiwa silam yang bermakna dan dapat memberikan
iktibar kepada manusia
C Sejarah adalah cerita silam yang ditulis mengikut urutan peristiwa
D Sesuatu fakta sejarah mestilah terdapat pelbagai tafsiran
   
Ms : 9
10 Sumber skunder yang dikenali sebagai sumber  kedua. Sumber kedua merupakan
A cerita yang dituturkan secara lisan oleh orang tua
B bahasa bersejarah yang disimpan di muzium dan arkib
C hasil penemuan oleh masyarakat purba
D hasil penulisan oleh pegkaji sejarah
 
Artifak
Fosil
Manuskrip

Ms : 9
11 Senarai di atas merupakan contoh sumber pertama. Mengapakah istilah-istilah di atas
        dikelaskan dalam sumber pertama?
A Bahan yang dijumpai pada masa lampau
B Bahan tersebut dijumpai melalui kaedah arkeologi
C Bahan tersebut tidak dapat dikesan tarikh dihasilkan
D Bahan asal yang belum diolah oleh sejarawan atau penulis lain

Melalui sumber sejarah ini, faktanya sukar dipercayai kerana adanya unsur tokok tambah seperti mitos dan lagenda.

Ms : 10
12 Sumber yang dimaksudkan ialah

A sumber arkeologi
B sumber lisan
C sumber kedua
D sumber sekunder

Dalam penulisan sejarah , seseorang sejarawan seringkali mempunyai pendapat yang berbeza tentang bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku.
  Ms : 13

13 Pandangan di atas berkaitan denagn apa yang disifatkan sebagai
        A kecondongan dalam sejarah
B kontroversi fakta sejarah
C penganalisaan fakta sejarah
D Terdapat unsur-unsur mitos dan lagenda

Kaedah ini dilakukan oleh ahli arkeologi untuk mengkaji masyarakat purba yang tidak menggunakan tulisan dan jika adapun banyak yang telah hilang atau musnah

Ms : 12
14 Kaedah yang dinyatakan di atas merujuk kepada
A kaedah penyelidikan di muzium
B kaedah cari gali
C kaedah penyelidikan  di arkib
D kaedah temubual

Mohd. Ariff Haikal ingin mendapatkan dokumen-dokumen yang berkaitna dengam ucapan-ucapan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Husseim Onn untuk membuat  tugasan yang diberikan oleh gURU
  Ms : 4-22
15 Di manakah beliau boleh mendapatkan bahan-bahan tersebut ?
A Arkib Negara
B Muzium Negara
C Perpustakaan Negara
D Pejabat Persatuan Sejarah Malaysia

Awang Batil
Awang Belanga
Tok Selampit
   
   Ms : 10
16 Ketiga-tiga watak yang disenaraikan di atas memberi sumbangan dalam bidang sejarah   melalui  sumber
A arkeologi
B bertulis
C lisan
D skunder

Munsyi Abdullah
Marco Polo
Ibnu Batuta

Ms : 11
17 Catatan yang dibuat oleh ketiga-tiga tokoh pelayaran di atas dikelaskan sebagai
A sumber skunder
B sumber bertulis
C sumber lisan
D sumber kedua

Ms : 10
18 Peristiwa-peristiwa bersejarah yang diketahui melalui penceritaan penglipurlara dikenali
sebagai
A cerita berbingkai
B sastera bertulis
C sastera lisan
D sasatera sejarah

Kebangkitan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
Kebangkitan Antanum di Sabah
Kebangkitan Asun dan Banting di Sarawak
     
Ms : 13
19 Mengapakah sejarawan Barat menafsirkan  tokoh-tokoh di atas sebagai penjenayah?
A Kerana penduduk tempatan tidak menyokong perjuangan tokoh-tokoh di atas
B Tokoh-tokoh di atas adalah pemimpin  agama dan mahir dalam ilmu persilatan
C Cuba melindungi penndasan British ke atas penduduk tempatan
D Tokoh-tokoh di atas menggunakan senjata yang merbahaya menentang pihak  inggeris

Ms : 13
20 Beberapa ahli sejarah tempatan telah menemui lesung batu di Sungai Emas, Kedah di tapak arkeologi itu. Apakah kepentingan artifak tersebut ?
A Memberi gambaran cara hidup dan peradaban masyarkat masa silam
B Kejayaan masyarakat purba dapat dikaji
C Peralatan zaman lampau dapat dikaji
D Struktur pentabiran sesebuah Negara dapat dikaji

Ms : 4-8
21 Sesuatu peristiwa dianggap sebagai sejarah sekiranya
I tepat dan benar
II peristiwa itu bermakna
III mempunyai tarikh yang tepat
IV mempunyai sebab dan akibat
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

           Ms : 14-15
22 Mempelajari aspek-aspek sejarah adalah penting kepada kita kerana
I dapat menghargai dan menyanjung sumbangan pemimpin dan orang yang berjasa kepada Negara
II menjadi pendorong kepada kita untuk mencapai kemajuan dan kejayaan pada masa hadapan
III membantu kita membentuk keperibadian masyarakat dan negara
IV dapat menentukan sesuatu peristiwa bersejarah dengan mengambil kira pandangan sejarawan terkenal sahaja
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

    Ms : 6
23 Ahli sejarah menggunakan pelbagai ukuran masa untuk menentukan fakta sejarah.Manakah antara berikut merupakan ukuran yang dimaksudkan ?
I Dekad
II Kurun
III Relung
IV Zaman
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
   
Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia, tentang perubahan yang berlaku pada sifat masyarakat itu.
Ms : 4
24 Pengertian sejarah di atas dikemukakan oleh seorang cendekiawan . Tokoh yang dimaksudkan ialah
A Herodotus
B Ibnu Khaldun
C Tun Sri Lanang
D Muhd. Yusof Ibrahim


Rekod-rekod masa lampau yang dikaji oleh sejarawan.

Hasil kajian dikeluarkan dalam bentuk tulisan, gambar foto, atau filem.

Ms : 13
25 Apakah  yang boleh dikaitkan dengan maksud sejarah berdasarkan rajah di atas?
A Hanya sesuatu yang direkdkan dianggap sejarah
B Sejarah hendaklah ditulis, difilemkan, atau dijadikan gambar foto
C Sejarah merujuk kepada penyelidikan  tentang perkara yang telah berlaku
D Sejarah bermaksud rekod masa lampau yang dikaji untuk dijadikan buku, filem, atau gambar foto

Ms : 4
26 Apakah maksud sejarah yang diberikan oleh Herodotus?
A Catatan tentang sikap manusia masa lampau
B Peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa dahulu
C Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab mereka melakukannya
D Kisah perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat zaman dahulu

Ms : 3
27 Antara perkataan berikut, yang manakah yang merupakan bahasa Arab yang merujuk kepada istilah sejarah ?
A Tarikh
B Syajarah
C Tawarikh
D Syajaratun

Tun Sri Lanang
Abdul Hadi Hassan
Ms : 4
28 Apakah sumbangan sejarawan di atas kepada tanah air kita ?
A Memperkenalkan sejarah di sekolah
B Menghasilakan penulisan sejarah negara kita
C Mengumpul sumber-sumber sejarah negara kita
D Merekodkan peristiwa sejarah pada masa lampau

Ms : 4-8
29 Antara berikut yang manakah terdapat dalam sesuatu yang dianggap bersejarah ?
I Apa yang berlaku
II Bila peristiwa itu berlaku
III Siapa yang bersalah dalam peristiwa itu
IV Mengapa peristiwa itu berlaku
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
     
Cikgu Zamri : Lim, mengapakah pembukaan dewan sekolah kita yang dirasmikan oleh Dato’ Kadir pada bulan lalu dianggap peristiwa bersejarah sekolah kita ?
Lim : Peristiwa tersebut penting dan bermakna kerana sekolah kita mendapat kemudahan untuk digunakn oleh guru dan pelajar.
Ms : 4-8
30 Apakah ciri-ciri sejarah lain yang boleh didapati daripada peristiwa pembukaan dewan ?
A Melibatkan tokoh atau orang kenamaan
B Tidak mempunyai unsur dongeng atau rekaan
C Peristiwa yang memberi kesan kepada masyarakat
D Mempunyai fakta yang tepat dan benar

Ms : 5
31 Apakah yang anda faham tentang fakta sejarah ?
A Catatan yang mempunyai nama tokoh dan tempat
B Peristiwa yang dapat dibuktikan kebenarannya
C Tarikh sesuatu peristiwa bersejarah dikelaskan
D Dokumen yang disimpan di muzium dan perpustakaan

Pelancaran kereta Proton Waja
Pelancaran motosikal Jaguh
Ms : 1-7
32 Mengapakah peristiwa di atas dianggap peristiwa bersejarah kepada negara ?
A Membuka era baru dalam idustri pemotoran negara
B Menunjukkan negara sedang merdeka dan tidak dijajah lagi
C Membolehkan negara diiktiraf sebagai negara industri
      D Membuktikan negara mempunyai kemampuan mengatasi negara maju

    Ms : 5
33 Ciri utama untuk menentukan kebenaran sesuatu fakta berdasarkan pelbagai sumber adalah dengan mengetahui
I tarikh
II sebab
III akibat
IV pihak yang terlibat
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Ms : 12
34 Sumber sejarah yang boleh diperoleh melalui kaedah arkeologi ialah
I fosil
II artifak
III manuskrip
IV batu bersurat
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Ms : 10
35 Sumber lisan tidak dianggap sebgai fakta sejarah .Apakah kelemahan sumber tersebut ?
A Sumber ini diperolehi melalui kaedah lisan
B Sumbri ini tidak mempunyai tarikh dan nama tokoh
C Terdapat unsur tokok tambah seperti dongeng dan mitos
D Fakta ini tidak dinilai oleh sejarwan dan tidak dan dibukukan

Ms : 11
36 Antara bahan berikut, yang manakah boleh didapati di Arkib Negara ?
A Beliung
B Manuskrip lama
C Batu bersurat
D Serpihan tembikar

Sumber

Serpihan tembikar, kulit kerang, beliung, dan tulang mawas

Ms : 9-10
37 Senarai barang di atas sangat penting dalam pengajian  sejarah tempatan . Senarai di atas boleh dikategorikan sebagai
I sumber primer
II sumber sekunder
III sumber bersejarah
IV sumber arkeologi
A I, dan II
B II, dan III
C III dan IV
D I dan IV

Aminah ingin menulis sejarah berkaitan sumbangan penghulu yang pertama dikampung neneknya di Muar Johor

  Ms : 9-10
38 Apakah bahan rujukan yang boleh membantu Aminah ?
I Minit masyuarat di pejabat penghulu di Muar
II Surat rasmi dan diari penghulu berkenaan
III Buku sejarah tentang perkembangan politik di Muar
IV Temubual dengan ahli keluarga dan saudara mara penghulu
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

    Ms : 9-10
39 Antara berikut yang manakah merujuk kepada sumber sekunder ?
A Fosil yang ditemui di Gua Cha
B Baru bersurat di Kuala Berang
C Ensiklopedia yang disimpan di perpustakaan
D Peta asal negeri Johor di Arkib Ngara

Ms : 12
40 Mengapakah kaedah arkeologi sangat penting untuk mengkaji kehidupan masyarakat zaman prasejarah ?
A Kaedah arkeologi sangat mudah diperoleh dan murah harganya
B Kaedak arkeologi diperoleh melalui proses cari gali
C Bahan-bahan arkeologi tahan lama dan tidak mudah rosak
D Masyarakat  prasejarah tidak merekod apa-apa tentang kehidupan mereka

Kaedah pengkajian sejarah

Lakaran pada dinding gua
Batu bersurat
Catatan pada kulit kayu

         Ms : 10-12
41 Apakah kaedah pengkajian sejarah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada bahan di atas ?
A Kaedah lisan
B Kaedah lakaran
C Kaedah bertulis
D Kaedah catatan

Ms : 10
42 Apakah tugas yang perlu dilakukan oleh sejarawan yang menggunakan kaedah lisan untuk mendapatkan maklumat yang boleh dijadikan fakta sejarah ?
I Menilai
II Memilih
III Mentafsir
IV Membandingkan fakta
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Kaedah pengkajian sejarah

Kaedah X

Kaedah arkeologi
Kaeadah bertulis


     Ms : 10
43 Kaedah X merupakan satu cara mendapatkan sumber sejarah. Apakah kelemahan kaedah X ?
I Mudah didapati
II Senang ditokok tambah
III Mempunyai unsur mitos dan lagenda
IV Tidak dikaji oleh sejarawan sebelumnya
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Fosil
Artifak

Ms : 13
44 Bagaimanakah sejarawan dapat memastikan bahan di atas sebagai sumber sejarah?
A Merujuk sejarawan lain
B Menghubungi Arkib Negara
C Mengkaji dari buku teks sejarah
D Membuat kajian secara saintifik

Setelah memperolehi maklumat daripada sesuatu sumber, ahli sejarah akan membuat tafsiran, pertimbangan, dan pemilihan sebelum maklumat diterima sebagai fakta sejarah.
   Ms : 13
45 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tujuan ahli sejarah berbuat demikian ?
  A Mendapatkan pandangan kolektif tentang fakta sejarah
 B Membuktikan kebenaran fakta sejarah
 C Membuangkan unsur yang ditokok tambah
 D Meninggalkan unsur mitos dan dongeng

Rentap
Tok Janggut
Dato’ Maharajalela

Ms : 13-14
46 Sejarawan tempatan telah menganggap tokoh-tokoh di atas sebagai pejuang tanah air walaupun mereka dianggap sebagai pemberontak oleh sejarawan Barat. Mengapakah keadaan ini berlaku ?

A Mereka sangat berani dan tabah mengahadapi cabaran
B Mereka merupakan penduduk tempatan yang mahir berperang
C Mereka telah berjaya bekerjasama dengan kuasa Barat
D Mereka telah berjuang membebaskan tanah air daripada penjajah Barat

Ms : 9-10
47 Apakah punca yang menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat antara sejarawan Barat dengan sejarawab tempatan?

A Perbezaan tafsiran sejarah
B Perbezaan latar belakang pendidikan
C Perbezaan sumber sejarah yang digunakan
D Sejarawan Barat dan sejarawan tempatan tidak bekerjasama

Ms : 9-10

48 Sejarawan membuat pelbagai tafsiran tentang sesuatu periwtiwa seajarah kerana merka
  A kekurangan maklumat
  B menggunakan sumber primer
 C membuat penyelidikan dalam masa yang terhad
 D tiada kerjasama antara sejarawan untuk bertukar-tukar maklumat
Ms : 9-10

49 Apakah tafsiran sejarawan tempatan berkaitan peristiwa pembunuhan J.W.W Birch oleh Dato’ Maharajalela ?
A Dato’ Maharajalela seoarang pemberontak
B Dato’ Maharajalela seorang pejuang tanah air
C J.W.W Birch merupakan seorang pemberontak
D J.W.W Birch seorang tokoh pembaharuan
Ms : 9-10

50 Sekiranya anda tidak mendapat maklumat tepat tentang sesuatu peristiwa yang dikaji, ini akan menyebabkan
A berlaku tafsiran yang berbeza
B terpaksa menggunakan kaedah lisan
C wujud unsur-unsur tokok tambah
D tidak mendapat pengajaran berdasarka peristiwa sejarah

Ms : 13
51 Apakah tugas sejarawan bagi memastikan sesuatu peristiwa sejarah membawa      
kesan dan berguna kepada masyarakat ?
I Melakukan penyelidikan
II Mencari maklumat sebanyak mungkin
III Menggunakan pelbagai kaedah sejarah
IV Membuat tafsiran sejarah dengan betul dan tepat
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Ms : 13

52 Bagaimanakah sejarawan boleh membuat tafsiran sejarah dengan betul dan
tepat ?
A Sejarawan hendaklah mendapatkan ijazah dalam bidang sejarah
B Sejarawan hendaklah menggunakan pelbagai sumber dan kaedah pengkajian sejarah
C Sejarawan hendaklah membuat penyelidikan dengan membuat penyelidikan dengan jujur dan        bertanggungjawab
D Sejarawan hendaklah bekerjasama dengan sejrawan lain untuk  bertukar-tukar pandangan dan maklumat

   
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah melancarkan kereta nasional yang pertama pada tahun 1985.

Ms : 4-8
53 Mengapakah peristiwa tersebut dianggap bersejarah kepada negara kita ?
A Menunjukkan bahawa negara sudah merdeka
B Memberi pengajaran agar kita lebih rajin dan berusaha
C Membebaskan negara daripda sikap bergantung kepada negar barat
D Melambangkan kejayaan dan menjadi kebanggaan kepada negara
       
  Ms : 14-15
54 Apakah tujuan utama kita mempelajari sejarah ?
A Melahirkan perpaduan dan suasana harmonis
B Membolehkan kita mendapat iktibar dan pengajaran
C Mewujudkan rasa bangga terhadap kekuatan kuasa Barat
D Membentuk masyarakat yang bersikap aktif dalam politik

Penemuan Zaman Paleolitik di Kota Tampan membuktikan Malaysia antara negara terawal melalui zaman Prasejarah Dunia.
Ms : 14-17
55 Apakah kesar penemuan tersebut ?
A Membentuk keperibadian bangsa dengan mengurangkan rasa rendah diri
B Mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan lalu
C Menggalakkan kita berusaha memajukan diri dan negara
D Menghargai dan memelihara kedaulatan negara
       
Ms : 14-17
56 Mengapakah mata pelajaran sejarah diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ?
I Menghargai kemerdekaan dan kedaulatan Negara
II Mengelakkan generasi muda ketinggalan zaman
III Mewujudkan rasa benci kepada penjajah Barat
IV Melahirkan semangat patriotisme dan bangga akan Negara sendiri
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Peristiwa rusuhan kaum telah berlaku pada 13Mei 1969  Ms : 14-17
57 Apakah  pengajaran peristiwa  tersebut kepada penduduk Malaysia ?
A Kita patut mementingkan diri sendiri
B Kita mesti mengekalkan perpaduan antara kaum
C Kita hendaklah patuh dan taat kepada arahan kerjaan
D Kita mesti mempertahankan kebudayaan masing-masing


Y

Perdana Menteri
Bapa Perpaduan

Ms : 16
58 Y merujuk kepada
A Tun Hussein bin Dato’ Onn
B Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein
C Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
D Tun Dr. Mahathir bin Mohammad

 Ms : 14-17
59 Apakah yang boleh kita pelajari daripada keagungan Kesultanan Melayu
Melaka ?
A Memberi iktibar
B Menjadi perangsang
C Mencintai tanah air
D Menghargai pemimpin Negara

Peristiwa  pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberi banyak pengajaran dan keinsafan kepada rakyat Malaysia.
 Ms : 14-17
60 Apakah pengajaran di sebalik  peristiwa itu ?

A Rakyat perlu aktif dalam parti politik
B Sistem ketenteraan dalam negara perlu kuat
C Rakyat perlu bersatu padu demi keamanan negara
D Penduduk Malaysia haruslah memiliki kemahiran untuk berperang


JAWAPAN BAB 1 TINGKATAN 1


1 B 31 B
2 D 32 A
3 D 33 B
4 B 34 D
5 A 35 C
6 A 36 B
7 C 37 D
8 D 38 B
9 B 39 C
10 D 40 D
11 D 41 C
12 B 42 B
13 A 43 B
14 B 44 D
15 A 45 B
16 C 46 D
17 B 47 A
18 C 48 A
19 C 49 B
20 A 50 A
21 B 51 D
22 A 52 C
23 B 53 D
24 B 54 B
25 C 55 C
26 C 56 D
27 D 57 B
28 B 58 C
29 B 59 B
30 D 60 C