PELAJAR-PELAJAR SEDANG MENJAWAB UJIAN SEJARAH
Showing posts with label SEJARAH TINGKATAN 3. Show all posts
Showing posts with label SEJARAH TINGKATAN 3. Show all posts
Tuesday, March 11, 2014
Wednesday, March 5, 2014
DARURAT 1948-1960
Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989.
Buku-buku mengenai kekejaman Komunis di Tanah Melayu
Bolehlah dikatakan bahawa segala bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh orang Jepun semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya ingin bekerajaan sendiri.
Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan.
Yang paling teruknya, boleh dikatakan dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.
Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).
Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka dirasa patut.
Komunis di Tanah Melayu
Hubungan PKM dan British yang semakin teruk dan setelah Chin Peng sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat, dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Dang (KMT), dan 3 orang pengurus ladang getah yang berbangsa Eropah, termasuk 1 penolong, pada 12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat Negeri diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.
Anggota Rejimen Askar Melayu memeriksa peralatan, bekalan dan dokumen yang ditemui dalam satu serbuan ke atas kem pengganas komunis di hutan. Gambar sekitar tahun 1949.
Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:
-Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.
-Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
-Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.
Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut.
Komunis telah merosakkan landasan kereta api yang menyebabkan kereta api tergelincir daripada landasannya.
Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.
Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis.
Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih. Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.
Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis. Rancangannya adalah termasuk:
a) Penempatan semula orang Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, jadi masalah untuk membanteras komunis adalah lebih senang.
b) "Kampung baru" telah diperkenalkan. Kampung telah dibina di bahagian kawasan baru yang dipilih adalah dibuat untuk menempatkan orang Cina.
Kedua-dua langkah ini adalah penting, kerana kawasan setinggan orang Cina dianggap sebagai sarang untuk PKM dan tempat PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan. Dengan setiap Kampung Baru yang dikawal oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip PKM) untuk memberi maklumat dan barang keperluan kepada PKM yang melancarkan serangan gerila.
Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila.
Terdapat juga kumpulan yang membantu dan memberi sokongan kepada Parti Komunis Malaya iaitu Min Yuen.
Polis memeriksa seorang lelaki Cina bagi mengenalpasti samada tali barut komunis atau tidak.
Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam.
Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa dasar:-
- Pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam.
- Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung daripada peras ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung baru.
- Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti.
- Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur pengganas. Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali pengganas menyerang, mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat mereka bagi menyerang (discourage).
- Memperkenalkan ISA.
- Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara.
- Memperkenalkan sukarelawan kampung / pengawal kampung yang bersenjata.
- Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam.
Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong oleh penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika cuba meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir musuh.
Sunday, January 12, 2014
PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
DASAR DAN KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945.Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura berlangsung selama 3 tahun 8 bulan.Pendudukan Jepun ke atas Tanah Melayu adalah kerana desakan perkembangan perindustrian dan ketenteraan yang berlaku di Jepun.
- Jepun mengambil tindakan untuk menyerang negara-negara Asia yang kaya dengan bahan mentah bagi keperluan perindustrian dan ketenteraan. Walaupun tempoh masa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu adalah singkat namun Jepun telah berjaya menguasai politik, ekonomi, dan sosial Tanah Melayu.Kejayaan ini membawa kesan yang mendalam terhadap masyarakat di Tanah Melayu.
DASAR POLITIK:
JET PEJUANG DAN KERETA KEBAL YANG DIGUNAKAN OLEH TENTERA JEPUN
Jepun juga mengembalikan kuasa Sultan yang telah dirampas oleh Inggeris di Negeri-negeri Melayu tetapi sultan hanya sebagai ketua negeri dan menjalankan tugas sebagai Ketua agama Islam di negeri masing-masing.Jepun sebenarnya ingin mengambil hati para sultan agar apa-apa yang dihajati tercapai. Jepun ingin mendapatkan sokongan orang Melayu agar mereka akan terus mendapat gajaran disebalik perbuatan itu.
Bagi menjaga pemantapan setiap operasi yang dijalankan di Tanah Melayu Jepun membentuk pasukan keselamatan yang diketuai oleh Pegawai Jepun dan dianggotai perisik tentera iaitu Kempeitai untuk mengawal keamanan.Kempeitai sangat kejam dan telah menangkap dan membunuh ramai orang.Selain itu Tekikan ialah Pasukan mata-mata gelap yang bertugas untuk mencari musuh-musuh yang menyokong Inggeris yang menentang pemerintahan Jepun atau menghasut Melayu.
Sebaik sahaja Jepun menawan Tanah Melayu, Jepun bertindak membebaskan ahli-ahli kesatuan Melayu muda (KMM) yang dipenjarakan oleh British. Jepun juga menubuhkan semula KMM dengan melantik Ibrahim Yaacob sebagai pemimpin utama.Jepun cuba memperalatkan Ibrahim Yaacob untuk tujuan mendapatkan sokongan dan menyebarkan propaganda anti-British.
DASAR EKONOMI:
Sistem ekonomi bebas ditukar kepada sistem ekonomi kawalan. Perdagangan dengan dunia luar terputus.Jepun tidak menggalakan sebarang urusan perdagangan.Perdagangan singapura dan Pulau Pinang dengan dunia Barat terputus. Perniagaan dan perdagangan dalam negeri dikuasai oleh pihak Jepun.Jepun hanya berminat mengeksplotasi sumber alam negara kita bagi kepentingan negaranya. Galian besi dan bauksit dieksplotasi bagi kegunaan industri dan membuat senjata perang.
WANG POKOK PISANG YANG DIPERKENALKAN OLEH JEPUN
Oleh sebab pengeluaran barangan makanan seperti beras tidak mencukupi maka Jepun telah memperkenalkan catuan beras pada tahun 1943. Penduduk Tanah Melayu perlu mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan untuk ditukarkan dengan beras. Setiap keluarga hanya dihadkan dua gantang beras sebulan. Untuk mengatasi kekurangan beras dalam negara Jepun telah bertindak memperkenalkan rancangan ekonomi pertanian iaitu rancangan tiga tahun sara diri. Selain itu Jepun memperkenalkan padi Taiwan yang membolehkan penanaman padi dua kali setahun.
Pihak Jepun juga menggalakkan supaya masyarakat tempatan menanam makanan yang lain seperti ubi kayu, keledek, jagung, sagu dan lada hitam. Pihak Jepun telah menebang ladang getah dan hutan bagi tujuan penanaman makanan seperti ubi kayu, sagu dan jagung.
Jepun telah mencetak mata wang Jepun yang dikenal sebagai Wang Pokok Pisang untuk menambahkan penggunaan mata wang baru.
DASAR SOSIAL:
Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Jepun menerapkan Dasar Niponisasi iaitu dasar Penjepunan terhadap Tanah Melayu.Antara dasar yang diterapkan ialah layanan yang berbeza diberikan kepada penduduk tempatan oleh pihak Jepun. Semua kaum iaitu orang melayu, Cina dan India mengalami penyeksaan, penderitaan, kebuluran, ketakutan dan pengangguran.Layanan yang berbeza ini menyebabkan atau mewujudkan permusuhan kaum antara orang Cina dengan orang Melayu.
Dasar Penjepunan juga dilakukan dalam sistem pendidikan iaitu sekolah-sekolah Inggeris dan Tamil diganti dengan sistem pendidikan Jepun. Sistem pendidikan ini menekankan beberapa aspek seperti pembentukan akhlak dan disiplin taat setia kepada Maharaja Jepun dan kepatuhan kepada kerajaan Jepun.
Selain itu kebudayaan Jepun disebarkan melalui sisitem pendidikan Jepun. Orang tempatan diajar tentang istiadat dan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kamigayo. Lagu ini dinyanyikan pada setiap pagi ketika menghadap matahari terbit.
Selain pendidikan, pentadbiran tentera Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik dengan orang Melayu dan India. Mereka menjalankan dasar menindas orang Cina dan tujuan dasar ini adalah disebabkan perasaan ingin membalas dendam ke atas orang Cina yang menyumbangkan sokongan kewangan dan peralatan perang kepada negara China semasa Perang China- Jepun 1937.
Ramai orang India, Melayu, dan Cina telah dihantar untuk bekerja membina jalan keretapi maut di sempadan Tahunai-Burma. Beribu-ribu orang kehilangan nyawa semasa pembinaan projek tersebut.
KESAN POLITIK:
Pendudukan Jepun telah membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu. Slogan Jepun iaitu Asia Untuk Orang Asia telah menambahkan keazaman dan semangat orang Melayu untuk mencapai kebebasan politik dan kemerdekaan.
Semasa pendudukan Jepun orang Melayu diberi jawatan-jawatan kanan seperti Pegawai Daerah. Pengalaman pentadbiran ini memberikan keyakinan diri kepada orang Melayu untuk mentadbir negeri mereka sendiri. Orang Melayu juga sedar bahawa mereka tidak boleh menaruh harapan mereka kepada British. Mereka harus menentukan nasib mereka sendiri.
Kejayaan Jepun dan kekalahan British telah mengikis kepercayaan bahawa kuasa British tidak boleh dikalahkan. Justru sikap anti-British semakin menebal dalam kalangan orang Melayu.
Jepun menubuhkan semula KMM dengan melantik Ibrahim Yaacob sebagai pemimpin utamanya melalui KMM gerakan nasionalisme Melayu dihidupkan semula. Secara sulit KMM bergiat semula dalam menyemarakan sentimen anti-British dalam kalangan orang Melayu.KMM juga bersikap anti-Jepun. Apabila Jepun mengetahui kegiatan sebenar KMM, KMM dibubarkan dengan segera. Jepun kemudiannya menubuhkan Pembela Tanahair (PETA). Ahli-ahli Melayu dalam PETA diberi latihan ketenteraan.
Jepun juga membantu menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaacob dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Namun orang Melayu tidak berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada Jepun kerana Jepun telah menyerah kalah pada 1945.
Selain itu Parti Komunis Malaya muncul sebagai parti yang kuat dan telah menubuhkan MPAJA dengan bantuan British dan telah Berjaya melancarkan pemberontakan bersenjata pada Jun 1948.
KESAN EKONOMI:
Ekonomi Tanah Melayu merosot semasa pendudukan Jepun akibat taktik “Bumi Hangus” yang diamalkan oleh British. Banyak kemudahan awam seperti infrastruktur telah diletupkan oleh British.
Kemusnahan terhadap ekonomi terutama ladang getah dan lombong bijih timah telah berlaku dengan teruk.Taraf hidup penduduk merosot Tanah Melayu terputus daripada pasaran-pasaran antarabangsa. Perusahaan tempatan diambil alih oleh syarikat besar Jepun iaitu Mitsui dan Mitsubishi.
Inflasi berlaku dengan kadar yang tinggi berikutan kekurangan barang keperluan utama, peningkatan harga barangan dan pengeluaran mata wang pokok pisang yang tidak terkawal.
Tanah Melayu mengalami kekurangan makanan seperti beras.Penduduk terpaksa menanam ubi kayu, keladi dan keledek. Perusahaan tempatan didirikan yang menghasilkan barangan seperti minyak masakan, sabun, gula, kertas, tali dan benang.
KESAN SOSIAL:
Sistem pendidikan Jepun menanam sifat kerajinan kepada para belia terutamanya kaum Melayu.Walau bagaimanapun, sistem pendidikan Jepun telah menanamkan rasa benci masyarakat setempat terhadap Jepun. Bahasa Jepun dijadikan sebagai Bahasa Pengantar di semua sekolah. Perasaan taat setia dan kepatuhan kepada Maharaja Jepun diberi penekanan.
Ekoran penindasan oleh Jepun, ramai orang Cina melarikan diri ke pinggir hutan.Mereka mendirikan petempatan dan menjalankan kehidupan seharian. Ini mewujudkan masalah setinggan di Tanah Melayu.Hal ini juga menyebabkan mereka menyertai PKM.
Kaum Melayu dan India diberi layanan baik tetapi ramai di antara mereka juga dihantar ke siam untuk membina Jalan Kereta Api Maut. Akibatnya ramai yang terkorban akibat seksaan dan jangkitan penyakit.
Kebuluran akibat kekurangan makanan semakin berleluasa dalam kalangan penduduk tempatan. Bekalan makanan seperti beras tidak dapat diimport dari Burma dan Siam akibat peperangan.
Taraf kesihatan telah merosot akibat merebaknya penyakit tropika seperti beri-beri, taun dan malaria.Ubat-ubatan hanya untuk askar Jepun sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)





.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)