Wednesday, March 19, 2014

BANI UMAIYAH... Tingkatan 4, Bab 6




















                                                                                                             oleh: PK SANTIYA

TEKA SILANG KATA~~~ Tingkatan 4, Bab 5


1.    Khalifah Umar bin al-Khattab berasal daripada Bani ___________.
2.       Pelantikan Khalifah Umar dicadangkan oleh khalifah  _____________.
3.       Beliau telah menubuhkan majlis ________ yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar.
4.       Beliau telah menubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Jabatan _______, dan Jabatan Percukaian.
5.       Dari aspek pendidikan, beliau telah mengembangan pengajaran _________.
6.       Khalifah Umar telah menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengajar al-Quran, contohnya menghantar _____________ ke kawasan pedalaman.
7.       Tentera tetap telah diberikan ______________ dan pakaian seragam.
8.       Khalifah Umar telah memperkenalkan cukai jizyah kepada golongan _____________.


9.       Cukai ___________ dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah.

Saturday, March 15, 2014

TAMADUN MESOPOTAMIA ( BAB1, TINGKATAN 4)






Tamadun terawal di dunia lahir di wilayah yang dikenali sebagai Mesopotamia.  PerkataanMesopotamia berasal daripada bahasa Yunani yang bermaknatanah di antara dua sungai.  Wilayah Mesopotamia ini terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hinggalah ke Teluk Parsi.  Kawasan ini dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya, dan  Teluk Parsi di bahagian selatan. 

PETA MESOPOTAMIA


Tamadun ini telah berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000-5000 S.M..  Pada sekitar tahun 3500 S.M., wilayah Mesopotamia ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal.  Terdapat banyak kerajaan yang muncul, berkembang dan akhirnya jatuh di lembah Mesopotamia.  Kerajaan terawal ialah Kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 S.M. dan kerajaan yang terakhir ialah Chaldea yang jatuh pada tahun 539 S.M..  Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan yang penting seperti yang tertera di bawah.

KERAJAAN -KERAJAAN DALAM TAMADUN MESOPOTAMIA


 CIRI-CIRI TAMADUN MESOPOTAMIA


  •  Setiap negara kota itu terbahagi kepada kawasan utama, iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota, dan pelabuhan.  
  • Setiap negara kota ini juga mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan  sesebuah kota.  
  • Di dalam kota pula terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumak kedai dan pasar dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan lebar.  
  • Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat pada masa itu.  (ZIGURAT)
ZIGURAT

  • Setiap kota juga mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.  Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai. 
  • Antara jalan penghubung utama termasuklah jalan yang menhubungkan sumeria dan kota mari yang digunakan oleh perdagangan dari luar Mesopotamia.
  • Masyarakat negara kota terbahagi kepada 2 golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat.  Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera, dan orang bangsawan.  Golongan rakyat terbahagi kepada 2, iaitu rakyat bebas seperti pertani, artisan serta perdagangan, dan hamba yang terdiri daripada tawanan perang.  Susun lapis masyarakat ini dapat dilihat seperti rajah dibawa. 
                                   

SUSUN LAPIS MASYARAKAT MESOPOTAMIA 

                      


  • Dalam tamadun Mesopotamia, raja merupakan pemerintah.  Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk teokrasi.  Di bawah sistem ini dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilih negara kota.  
  • Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau Wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai Tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291-2255S.M.) di Akkad. 


SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA


  • Kod Undang-undang Hammurabi. Kod Undang-undang ini digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon.   Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar, oleh itu rakyat dapat membaca undang-undang tersebut.  Kod un dang-undang Hammurabi telah menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.
KOD UNDANG-UNDANG HAMMURABI
  • Kewujudan sistem tulisan (CUNEIFORM) telah membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis.  Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat direkodkan. Dalam perdagangan, kesemua urusan jual belinya desertakan dengan resit, nota dan surat kredit.

  • sistem tulisan ini juga telah melahirkan tradisi kesusasteraan.  Antara hasil kesusasteraannya yang terkenal termasuklah epik Gilgamesh yang merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia.  Epik ini mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.
  • Tamadun Mesopotamia juga menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi.  Pencerapan terhadap pergerakan bulan bintang dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik spt sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.
  • Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.
  • Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khursus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya.  Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya.  Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sbg panduan kepada pengamal perubatan.
  • Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman.  Penciptaan roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatan hasil pertanian di samping mengawal banjir.
TAMAN TERGANTUNG BABYLON
  • Ciptaan alat pengangkutan yang terawal kpd dunia.  Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M..  Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di India serta wilayah di kawasan laut Mediterranean.
  • Tamadun Mesopotamia memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu bata drpd tanah liat.  Dalam seni bina, mereka telah mencipta arca dan tiang batu.  Contoh arca tersebut ialah patung raja Gudea.  Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni bina Zigurat. 


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SEJARAH TING. 1-5




http://downloads.ziddu.com/download/2945311/kst_sej_f123.pdf.html/eng

http://downloads.ziddu.com/download/2945310/hsp_sej_ting2.pdf.html/eng

http://downloads.ziddu.com/download/2945431/hsp_sej_f4a.pdf.html/eng

http://downloads.ziddu.com/download/2945313/hsp_sej_f5a.pdf.html/eng


Guru-guru dan pelajar-pelajar boleh memuat turun Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 melalui pautan di atas. 

Wednesday, March 5, 2014

DARURAT 1948-1960

Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989.


Buku-buku mengenai kekejaman Komunis di Tanah Melayu

Bolehlah dikatakan bahawa segala bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh orang Jepun semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya ingin bekerajaan sendiri.
Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan.

Yang paling teruknya, boleh dikatakan dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.

Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).
Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka dirasa patut.

        Komunis di Tanah Melayu

Hubungan PKM dan British yang semakin teruk dan setelah Chin Peng sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat, dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Dang (KMT), dan 3 orang pengurus ladang getah yang berbangsa Eropah, termasuk 1 penolong, pada 12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat Negeri diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.

Anggota Rejimen Askar Melayu memeriksa peralatan, bekalan dan dokumen yang ditemui dalam satu serbuan ke atas kem pengganas komunis di hutan. Gambar sekitar tahun 1949.
Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:
-Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.
-Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
-Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.

Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut.
Komunis telah merosakkan landasan kereta api yang menyebabkan kereta api tergelincir daripada landasannya. 

Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.

Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis.
Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih. Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.

Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis. Rancangannya adalah termasuk:

a) Penempatan semula orang Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, jadi masalah untuk membanteras komunis adalah lebih senang.
b) "Kampung baru" telah diperkenalkan. Kampung telah dibina di bahagian kawasan baru yang dipilih adalah dibuat untuk menempatkan orang Cina.

Kedua-dua langkah ini adalah penting, kerana kawasan setinggan orang Cina dianggap sebagai sarang untuk PKM dan tempat PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan. Dengan setiap Kampung Baru yang dikawal oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip PKM) untuk memberi maklumat dan barang keperluan kepada PKM yang melancarkan serangan gerila.
Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila.
Terdapat juga kumpulan yang membantu dan memberi sokongan kepada Parti Komunis Malaya iaitu Min Yuen.

Polis memeriksa seorang lelaki Cina bagi mengenalpasti samada tali barut komunis atau tidak.
Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam.

Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa dasar:-

  •  Pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam.
  • Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung daripada peras ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung baru.
  • Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti.
  • Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur pengganas. Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali pengganas menyerang, mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat mereka bagi menyerang (discourage).
  • Memperkenalkan ISA.
  • Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara.
  • Memperkenalkan sukarelawan kampung / pengawal kampung yang bersenjata.
  • Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam.

Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong oleh penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika cuba meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir musuh.


Monday, March 3, 2014

SOALAN STRUKTUR ( TINGKATAN 4, BAB 3)

Soalan Struktur pengaruh Hindu Buddha di Asia Tenggara


1. Raja berkuasa mutlak dalam semua hal, rakyat perlu taat perintahnya. Walau
bagaimanapun raja harus adil kepada golongan diperintah.

(a) Nyatakan empat golongan yang berperanan mengukuhkan kedudukan raja Angkor dalam pemerintahan kerajaan Angkor. (4 markah)
................................................................................................................................................

(b) Nyatakan tiga kumpulan anak raja yang bakal menggantikan raja Srivijaya. (3 markah)
      ...............................................................................................................................................

(c) Nyatakan dua orang Datu yang bertanggungjawab mentadbir di peringkat daerah kerajaan Srivijaya. (2 markah)
................................................................................................................................................

(d) Apakah perkara yang dilaksanakan oleh Datu di Telaga Batu Palembang. (1 markah)
      ................................................................................................................................................


2. Monumen merupakan binaan atau bangunan daripada batu yang dibina untuk
memperingati orang ternama atau peristiwa penting.  Contoh monumen seperti candi, kuil,
wat, stupa, arca dan patung.

(a) Nyatakan tiga peranan utama candi. (3 markah)
     .................................................................................................................................................
     ................................................................................................................................................

(b) Nyatakan dua nama lain bagi candi yang banyak terdapat di Asia Tenggara. (2 markah)
................................................................................................................................................

(c) Namakan dua buah candi di Indonesia yang dibina untuk tujuan agama Hindu. (2 markah)
      ................................................................................................................................................

(d) Namakan dua buah candi di Thailand yang dibina untuk tujuan agama Buddha.
      (2 markah)
................................................................................................................................................

(e) Namakan pemerintahan di India yang mempengaruhi pembinaan patung-patung di Asia Tenggara. (1 markah)
................................................................................................................................................






3. Kesenian kerajaan awal Asia Tenggara juga boleh dilihat daripada hasil seni kesusasteraan
dan perkembangan bahasa Sanskrit.

(a) Nyatakan tiga kandungan maklumat yang boleh didapati daripada batu bersurat di tapak-tapak sejarah awal Asia Tenggara. (3 markah)
................................................................................................................................................

 (b) Nyatakan dua karya epik kesusasteraan India yang menyumbang kepada unsur mitos
       kesusasteraan klasik Asia Tenggara. (2 markah)
       ...............................................................................................................................................

(c) Nyatakan dua contoh karya puisi dan prosa Jawa yang dipengaruhi hasil karya kesusasteraan India. (2 markah)
      ................................................................................................................................................

(d) Namakan dua karya unsur tempatan yang dipengaruhi oleh epik Mahabharata.(2 markah)
................................................................................................................................................

(e) Namakan karya unsur tempatan yang dipengaruhi oleh epik Ramayana. (1 markah)
      ................................................................................................................................................





4. Kerajaan maritim berasaskan kegiatan berkaitan kelautan. Mereka mempuyai hubungan
luar dengan pelbagai kerajaan antarabangsa.

(a) Nyatakan dua contoh kegiatan ekonomi kerajaan maritim pada peringkat awal. (2 markah)
................................................................................................................................................

(b) Nyatakan dua kesan utama apabila berlakunya lebihan hasil pengeluaran ke atas petempatan kerajaan maritim. (2 markah)
...............................................................................................................................................

(c) Bagaimanakah pelabuhan entreport boleh muncul di Kedah Tua dan Srivijaya. (3 markah)
     .................................................................................................................................................


(d) Nyatakan tiga kumpulan penduduk kerajaan maritim di Asia Tenggara. (3 markah)
................................................................................................................................................