Sunday, January 12, 2014

PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU


DASAR DAN KESAN PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945.Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura berlangsung selama 3 tahun 8 bulan.Pendudukan Jepun ke atas Tanah Melayu adalah kerana desakan perkembangan perindustrian dan ketenteraan yang berlaku di Jepun.

- Jepun mengambil tindakan untuk menyerang negara-negara Asia yang kaya dengan bahan mentah bagi keperluan perindustrian dan ketenteraan. Walaupun tempoh masa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu adalah singkat namun Jepun telah berjaya menguasai politik, ekonomi, dan sosial Tanah Melayu.Kejayaan ini membawa kesan yang mendalam terhadap masyarakat di Tanah Melayu.



DASAR POLITIK:

Jepun memperkenalkan pentadbiran tentera di Tanah Melayu bercorak militer atau ketenteraan di bawah pengawasan seorang Jeneral. Pentadbiran di Tanah Melayu dibahagikan kepada dua iaitu Negeri-negeri Selat diperintah oleh seorang Gabenor yang beribu pejabat di Singapura.Nama Singapura diubah kepada Syonan yang bermaksud cahaya Selatan, manakala Semenanjung Tanah Melayu diperintah oleh seorang Presiden atau Gunseikan. Tanah Melayu dibahagikan kepada lapan wilayah dan setiap wilayah diketuai oleh seorang Gabenor Jepun.


JET PEJUANG DAN KERETA KEBAL YANG DIGUNAKAN OLEH TENTERA JEPUN


Jepun juga mengembalikan kuasa Sultan yang telah dirampas oleh Inggeris di Negeri-negeri Melayu tetapi sultan hanya sebagai ketua negeri dan menjalankan tugas sebagai Ketua agama Islam di negeri masing-masing.Jepun sebenarnya ingin mengambil hati para sultan agar apa-apa yang dihajati tercapai. Jepun ingin mendapatkan sokongan orang Melayu agar mereka akan terus mendapat gajaran disebalik perbuatan itu.

Bagi menjaga pemantapan setiap operasi yang dijalankan di Tanah Melayu Jepun membentuk pasukan keselamatan yang diketuai oleh Pegawai Jepun dan dianggotai perisik tentera iaitu Kempeitai untuk mengawal keamanan.Kempeitai sangat kejam dan telah menangkap dan membunuh ramai orang.Selain itu Tekikan ialah Pasukan mata-mata gelap yang bertugas untuk mencari musuh-musuh yang menyokong Inggeris yang menentang pemerintahan Jepun atau menghasut Melayu.

Sebaik sahaja Jepun menawan Tanah Melayu, Jepun bertindak membebaskan ahli-ahli kesatuan Melayu muda (KMM) yang dipenjarakan oleh British. Jepun juga menubuhkan semula KMM dengan melantik Ibrahim Yaacob sebagai pemimpin utama.Jepun cuba memperalatkan Ibrahim Yaacob untuk tujuan mendapatkan sokongan dan menyebarkan propaganda anti-British.

DASAR EKONOMI:

Sistem ekonomi bebas ditukar kepada sistem ekonomi kawalan. Perdagangan dengan dunia luar terputus.Jepun tidak menggalakan sebarang urusan perdagangan.Perdagangan singapura dan Pulau Pinang dengan dunia Barat terputus. Perniagaan dan perdagangan dalam negeri dikuasai oleh pihak Jepun.Jepun hanya berminat mengeksplotasi sumber alam negara kita bagi kepentingan negaranya. Galian besi dan bauksit dieksplotasi bagi kegunaan industri dan membuat senjata perang.

WANG POKOK PISANG YANG DIPERKENALKAN OLEH JEPUN


 Oleh sebab pengeluaran barangan makanan seperti beras tidak mencukupi maka Jepun telah memperkenalkan catuan beras pada tahun 1943. Penduduk Tanah Melayu perlu mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan untuk ditukarkan dengan beras. Setiap keluarga hanya dihadkan dua gantang beras sebulan. Untuk mengatasi kekurangan beras dalam negara Jepun telah bertindak memperkenalkan rancangan ekonomi pertanian iaitu rancangan tiga tahun sara diri. Selain itu Jepun memperkenalkan padi Taiwan yang membolehkan penanaman padi dua kali setahun.

Pihak Jepun juga menggalakkan supaya masyarakat tempatan menanam makanan yang lain seperti ubi kayu, keledek, jagung, sagu dan lada hitam. Pihak Jepun telah menebang ladang getah dan hutan bagi tujuan penanaman makanan seperti ubi kayu, sagu dan jagung.

Jepun telah mencetak mata wang Jepun yang dikenal sebagai Wang Pokok Pisang untuk menambahkan penggunaan mata wang baru.

DASAR SOSIAL:

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Jepun menerapkan Dasar Niponisasi iaitu dasar Penjepunan terhadap Tanah Melayu.Antara dasar yang diterapkan ialah layanan yang berbeza diberikan kepada penduduk tempatan oleh pihak Jepun. Semua kaum iaitu orang melayu, Cina dan India mengalami penyeksaan, penderitaan, kebuluran, ketakutan dan pengangguran.Layanan yang berbeza ini menyebabkan atau mewujudkan permusuhan kaum antara orang Cina dengan orang Melayu.

Dasar Penjepunan juga dilakukan dalam sistem pendidikan iaitu sekolah-sekolah Inggeris dan Tamil diganti dengan sistem pendidikan Jepun. Sistem pendidikan ini menekankan beberapa aspek seperti pembentukan akhlak dan disiplin taat setia kepada Maharaja Jepun dan kepatuhan kepada kerajaan Jepun.

Selain itu kebudayaan Jepun disebarkan melalui sisitem pendidikan Jepun. Orang tempatan diajar tentang istiadat dan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kamigayo. Lagu ini dinyanyikan pada setiap pagi ketika menghadap matahari terbit.

Selain pendidikan, pentadbiran tentera Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik dengan orang Melayu dan India. Mereka menjalankan dasar menindas orang Cina dan tujuan dasar ini adalah disebabkan perasaan ingin membalas dendam ke atas orang Cina yang menyumbangkan sokongan kewangan dan peralatan perang kepada negara China semasa Perang China- Jepun 1937.


 Ramai orang India, Melayu, dan Cina telah dihantar untuk bekerja membina jalan keretapi maut di sempadan Tahunai-Burma. Beribu-ribu orang kehilangan nyawa semasa pembinaan projek tersebut.


KESAN POLITIK:

Pendudukan Jepun telah membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu. Slogan Jepun iaitu Asia Untuk Orang Asia telah menambahkan keazaman dan semangat orang Melayu untuk mencapai kebebasan politik dan kemerdekaan.

Semasa pendudukan Jepun orang Melayu diberi jawatan-jawatan kanan seperti Pegawai Daerah. Pengalaman pentadbiran ini memberikan keyakinan diri kepada orang Melayu untuk mentadbir negeri mereka sendiri. Orang Melayu juga sedar bahawa mereka tidak boleh menaruh harapan mereka kepada British. Mereka harus menentukan nasib mereka sendiri.

Kejayaan Jepun dan kekalahan British telah mengikis kepercayaan bahawa kuasa British tidak boleh dikalahkan. Justru sikap anti-British semakin menebal dalam kalangan orang Melayu.

 Jepun menubuhkan semula KMM dengan melantik Ibrahim Yaacob sebagai pemimpin utamanya melalui KMM gerakan nasionalisme Melayu dihidupkan semula. Secara sulit KMM bergiat semula dalam menyemarakan sentimen anti-British dalam kalangan orang Melayu.KMM juga bersikap anti-Jepun. Apabila Jepun mengetahui kegiatan sebenar KMM, KMM dibubarkan dengan segera. Jepun kemudiannya menubuhkan Pembela Tanahair (PETA). Ahli-ahli Melayu dalam PETA diberi latihan ketenteraan.

Jepun juga membantu menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaacob dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Namun orang Melayu tidak berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada Jepun kerana Jepun telah menyerah kalah pada 1945.

Selain itu Parti Komunis Malaya muncul sebagai parti yang kuat dan telah menubuhkan MPAJA dengan bantuan British dan telah Berjaya melancarkan pemberontakan bersenjata pada Jun 1948.

KESAN EKONOMI:

Ekonomi Tanah Melayu merosot semasa pendudukan Jepun akibat taktik “Bumi Hangus” yang diamalkan oleh British. Banyak kemudahan awam seperti infrastruktur telah diletupkan oleh British.

Kemusnahan terhadap ekonomi terutama ladang getah dan lombong bijih timah telah berlaku dengan teruk.Taraf hidup penduduk merosot Tanah Melayu terputus daripada pasaran-pasaran antarabangsa. Perusahaan tempatan diambil alih oleh syarikat besar Jepun iaitu Mitsui dan Mitsubishi.

 Inflasi berlaku dengan kadar yang tinggi berikutan kekurangan barang keperluan utama, peningkatan harga barangan dan pengeluaran mata wang pokok pisang yang tidak terkawal.

Tanah Melayu mengalami kekurangan makanan seperti beras.Penduduk terpaksa menanam ubi kayu, keladi dan keledek. Perusahaan tempatan didirikan yang menghasilkan barangan seperti minyak masakan, sabun, gula, kertas, tali dan benang.


KESAN SOSIAL:

Sistem pendidikan Jepun menanam sifat kerajinan kepada para belia terutamanya kaum Melayu.Walau bagaimanapun, sistem pendidikan Jepun telah menanamkan rasa benci masyarakat setempat terhadap Jepun. Bahasa Jepun dijadikan sebagai Bahasa Pengantar di semua sekolah. Perasaan taat setia dan kepatuhan kepada Maharaja Jepun diberi penekanan.

Ekoran penindasan oleh Jepun, ramai orang Cina melarikan diri ke pinggir hutan.Mereka mendirikan petempatan dan menjalankan kehidupan seharian. Ini mewujudkan masalah setinggan di Tanah Melayu.Hal ini juga menyebabkan mereka menyertai PKM.

Kaum Melayu dan India diberi layanan baik tetapi ramai di antara mereka juga dihantar ke siam untuk membina Jalan Kereta Api Maut. Akibatnya ramai yang terkorban akibat seksaan dan jangkitan penyakit.

Kebuluran akibat kekurangan makanan semakin berleluasa dalam kalangan penduduk tempatan. Bekalan makanan seperti beras tidak dapat diimport dari Burma dan Siam akibat peperangan.

 Taraf kesihatan telah merosot akibat merebaknya penyakit tropika seperti beri-beri, taun dan malaria.Ubat-ubatan hanya untuk askar Jepun sahaja.



FORMAT BARU SPM 2013

FORMAT BARU SEJARAH SPM MULAI TAHUN 2013

Surat punca kuasa perlaksanaan format baru Sejarah bertarikh 8hb Ogos 2011, no rujukan KP.LP.003.07.14.01(7) berkuatkuasa pada tahun 2013, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mata pelajaran Sejarah menjadi syarat wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2013. Lihat di http://www.moe.gov.my/lp/files/pekeliling/2011/SP%20Bil%203%202011%20Mata%20Pelajaran%20Sejarah%20Wajib%20Lulus.pdf


PERINGATAN: CALON SPM YANG TIDAK HADIR MANA-MANA KERTAS SEJARAH SPM AKAN DIANGGAP TIDAK HADIR BAGI MATA PELAJARAN BERKENAAN. Lihat di http://pelajaranperak.gov.my/perak/attachments/article/521/SEJARAH1249-3.PDF

Perubahan format tersebut: 
 [ http://www.moe.gov.my/lp/files/pekeliling/2011/SS%20Bil%204%202011%20Format%20Pentaksiran%20Sejarah.pdf]

KERTAS 1

  • perubahan hanya pada pemberatan  iaitu sebanyak 30%.
  • jumlah markah=40.
  • Konstruk yang diukur =pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis.
  • masa menjawab = 1 jam
  • item lain tiada perubahan.

KERTAS 2

  • perubahan hanya pada bahagian B (esei) iaitu penambahan bilangan soalan menjadi 7 soalan.Sebelum tahun 2013 bilangan soalan esei adalah sebanyak 5 soalan. Calon hanya perlu jawab 3 soalan sahaja yang mana tiap-tiap soalan memperuntukkan 20 markah.
  • pemberatan  bagi kertas 2 adalah sebanyak 50%.
  • jumlah markah =100
  • bahagian A tiada perubahan.
  • konstruk yang diukur=pengetahuan, kefahaman, analisis, aplikasi, menilai dan menjana idea.
  • masa menjawab= 2 jam 30 minit

KERTAS 3 [format baru]

  • peperiksaan berbentuk tugasan.
  • tugasan tersebut akan diberikan 1 bulan sebelum hari peperiksaan beserta dengan tema/tajuk. Pelajar boleh study tajuk/tema tersebut di rumah/sekolah/dengan guru/perpustakaan [tugasan umum].
  • Pada hari peperiksaan soalan akan diberikan kepada pelajar bersama panduan menulis jawapan dan pelajar boleh merujuk buku/bahan bercetak yang berkaitan seperti buku teks, buku rujukan, bahan ilmiah yang lain yang berkenaan tema/tajuk tersebut. [tugasan spesifik].
  • masa menjawab selama 3 jam.
  • pemberatan adalah sebanyak 20%
  • jumlah markah =100
  • konstruk yang diukur=pengetahuan, kefahaman, analisis, aplikasi, menilai, menjana idea, nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme
  • Peraturan pentadbiran pengoperasian Sejarah SPM K3 = http://pelajaranperak.gov.my/perak/attachments/article/521/SEJARAH1249-3.PDF
RUMUSAN

Skor pelajar: 

K1 = (x/40)* 30% = a
K2 = (y/100)*50% = b
K3 = (z/100)*20% = c
Jadi, skor pelajar = a+b+c

Wednesday, January 8, 2014

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN TINGKATAN 5 (2014)


Rancangan Pelajaran Tahunan
2014

SEJARAH
TINGKATAN 5


Disediakan oleh:
JUSVINDER PAL SINGH
MINGGU/ TARIKH
TEMA/TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN
KONSEP /
ISTILAH


BBM
UNSUR PATRIOTISME
AKTIVITI PEMBELAJARAN
CATATAN

1
2/1 – 4/1


















2
7/1 – 11/1








TEMA 10
KEMUNCULAN DAN DAN      PERKEMBANGAN NASIONALISME       SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Bab 1
Kemunculan dan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara (AT).

1.1.     Imperialis Barat di Asia Tenggara
1.1.1   Imperialis barat
1.1.2   Faktor imperialis - ekonomi dan politik


1.2.     Perubahan sistem politik
1.2.1.  Pengenalan sistem birokrasi barat



Memahami faktor imperialisme barat di Asia Tenggara:
Aras 1
1.1  Menyatakan takrif imperialisme
1.2  Menyenaraikan kuasa imperialis barat di AT
1.3  Menyatakan faktor-faktor imperialisme barat
Aras 2
2.1 Menghuraikan faktor-faktor imperialis barat di AT
Aras 3
3.1  Merasionalkan keistimewaan AT yang menarik minat imperialis barat.
Memahami sistem politik yang diperkenalkan oleh barat:
Aras 1
1.1  Menyenaraikan perubahan pentadbiran kuasa barat di AT.
Aras 2
2.1  Menghuraikan perubahan pentadbiran AT
Aras 3
3.1  Menganalisis kesan pengenalan sistem birokrasi barat


Imperialis

Imperialime

Kronologi


Birokrasi
Peta
Carta /
Petikan buku teks
Negara kita tanggungawab kita

Sedia berkorban

Perbincangan :
Faktor-faktor yang membawa imperialisme barat ke  Asia Tenggara.

Menandakan lokasi penguasaan imperialis barat di Asia Tenggara



Membandingkan sistem pentadbiran sebelum dan semasa penjajahan kuasa barat di Asia Tenggara




Memahami gerakan nasionalisme di Asia Tenggara:

Aras 1
1.1    Menyatakan takrif  nasionalisme
1.2    Menyenaraikan faktor yang mencetuskan nasionalisme di  AT
1.3    Menyatakan ciri-ciri nasionalisme tahap pertama dan tahap kedua.

Aras 2
2.1    Menghuraikan faktor-faktor yang mencetuskan nasionalisme di AT.

Aras 3
3.1    Membandingkan  corak pergerakan nasionalisme di  AT

Nasionalisme
Nasionalis
Gerakan
Islah
Gerakan
Sederhana
Gerakan
Radikal
Gerakan
Massa
Revolusi
Peta minda:
Pengaruh luar terhadap gerakan nasionalisme di Asia Tenggara
Mempertahankan  kedaulatan negara.
Membina peta minda





MINGGU/ TARIKH
TEMA/TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN
KONSEP /
ISTILAH
BBM
UNSUR PATRIOTISME
AKTIVITI PEMBELAJARAN
CATATAN


3
14/1- 18/1




BAB 2:
Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua

2.1        Perjuangan pemimpin setempat menentang British.
2.1.1.  Sebab–sebab penentangan
2.1.2.   Peristiwa penentangan pemimpin tempatan
(Dol Said, Rentap, Syarif Masahor, Dato’ Maharaja Lela, Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Mat Salleh, Tok Janggut, Antanom,  Abdul Rahman Limbong)
Memahami perjuangan pemimpin setempat menentang British:

Aras 1
1.1  Menyenaraikan tokoh setempat yang menentang British
1.2  Menyatakan sebab-sebab pemimpin setempat menentang British

Aras 2
2.1  Menghuraikan sebab pemimpin setempat menentang British

Aras 3
3.1  Menjelaskan kepentingan kemuafakatan dalam mencapai sesuatu matlamat.
Pemimpin
setempat

Anti-British

Maruah
bangsa

Pejuang
bangsa

Peta
Kajian teks
Berani mempertahankan maruah bangsa dan tanah air.
Buku skrap:
Biografi tokoh

Melabel peta

Perbincangan:
Pemimpin setempat:  pejuang atau pemberontak?

4
21/1- 25/1















2.2.    Gerakan nasionalisme sehingga Perang Dunia II

2.2.1.  Faktor-faktor pemangkin nasionalisme
2.2.2.  Gerakan Islah dalam meningkatkan minda bangsa
2.2.3.  Akhbar, majalah, novel pengerak kesedaran kebangsaan
2.2.4.  Perjuangan nasionalisme oleh Persatuan Melayu
a)   Kesatuan Melayu Singapura
b)  Kes. Melayu Selangor
c)   Kes. Melayu Muda
d)  Kes. Keb. Melayu Sarawak










Perkembangan dan peranan akhbar dan majalah.
Al-Imam
i.     Seruan Al-Azhar
ii.    Pilihan Timur
iii.   Majalah Guru
iv.   Warta Malaya
v.    Majlis
vi.   Utusan Melayu
vii.  Saudara
viii. Fajar Sarawak
ix.   Lidah Benar
x.    Pengaruh Al-Ikhwan

2.2.5.  Gerakan nasionalsme semasa pendudukan Jepun
Memahami perkembangan gerakan nasionalisme sehingga Perang Dunia II


Aras 1
1.1  Menyatakan faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan nasionalisme
1.2  Menyenaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Gerakan Islah
1.3  Menyatakan perkembangan peranan akhbar, majalah dan novel dalam gerakan nasionalisme

Aras 2
2.1   Menghuraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan gerakan nasionalisme
2.2   Menghuraikan isu yang diperjuangkan oleh badan-badan dan kesatuan dalam gerakan nasionalisme
2.3   Mengelaskan peranan akhbar dan majalah dalam membangkitkan kesedaran nasionalisme






Aras 3
3.1  Mengklafikasikan isu dan perjuangan akhbar dan majalah dalam gerakan nasionalisme
3.2  Menilai wawasan Kaum Muda dalam mendaulatkan bangsa Melayu




Gerakan
Islah

Kaum Muda

Kaum Tua

Nasionalis

Pan-
Islamisme

Sosio-
ekonomi

Sosio-Politik


Hidup bersatu padu


Berfikiran kreatif
dalam menghasilkan idea
Menyusun biografi tokoh-tokoh pejuang kebangsaan


Menyusun
carta isu perjuangan
akhbar dan majalah



*23 Jan Cuti Maulidur Rasul


MINGGU/ TARIKH
TEMA/TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN
KONSEP /
ISTILAH
BBM
UNSUR PATRIOTISME
AKTIVITI PEMBELAJARAN
CATATAN

5
28/1- 1/2


TEMA 11:
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

BAB 3:
Pembinaan Negara dan Bangsa
3.1.     Latar belakang konsep negara dan bangsa
3.1.1.  Pembinaan negara bangsa:
a)           Kerajaan Islam Madinah
b)           Kerajaan Itali dan Jerman
3.1.2. Ciri-ciri negara dan bangsa
Bangsa
a)       Negara
b)      Kerajaan
c)       Perlembagaan
Memahami latar belakang pembinaan negara dan bangsa

Aras 1
1.1  Mentakrifkan konsep negara dan bangsa
1.2  Menyenaraikan ciri-ciri sebuah negara bangsa

Aras 2
2.1  Menerangkan latar belakang penubuhan negara Jerman dan Itali
2.2  Menghuraikan ciri-ciri negara dan bangsa

Aras 3
3.1  Menilai kepentingan pembentukan negara dan bangsa
3.2  Membandingkan proses pembinaan negara dan bangsa kerajaan Madinah, Itali dan Jerman

Negara

Bangsa

Negara
Bangsa

Kerajaan

Piagam

Perlembagaan

‘Real Politics’


Peta minda
Peta minda:
Ciri-ciri sebuah negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor
Hidup bersatu padu

Berfikiran kreatif
dalam menghasilkan idea

Menyanjung warisan bangsa

Bersama mempertahankan kedaulatan negara
Perbincangan:
Ciri-ciri negara dan bangsa
Kajian dokumen:
Undang-undang Tubuh Negeri Johor
*28 Jan Cuti Thaipusam
*1 Feb Cuti Hari WP
     6
4/2- 8/2
3.2.      Kesultanan Melayu  Melaka asas pembentukan negara        dan bangsa
3.2.1. Ciri-ciri  negara dan bangsa

3.3.   Warisan negeri-negeri Melayu
3.3.1. Johor – Undang-undang Tubuh Negeri Johor
3.3.2. Terengganu –
          Ittiqan-ilmuluk-bi ta’dil-il-suluk
3.3.3. Kelantan – Sistem Jemaah Menteri
3.3.4. Negeri Sembilan – konsep demokrasi
          dan konsep                 persekutuan.

Suku

Perut

Menobat

Undang

Lembaga

Buapak



*8 Feb CP1
Cuti Sebelum Tahun Baru Cina

MINGGU/ TARIKH
TEMA/TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN
KONSEP /
ISTILAH
BBM
UNSUR PATRIOTISME
AKTIVITI PEMBELAJARAN
CATATAN
7
11/2-15/2











8
18/2-23/2

BAB 4:   Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia

4.1.    Malayan Union
4.1.1. Sebab pengenalan Malayan Union
4.1.2. Ciri-ciri perjanjian Malayan Union 1946
4.1.3. Reaksi terhadap Malayan Union
4.1.4. Tindakan orang Melayu menentang Malayan Union

4.2.    Persekutuan  Tanah Melayu 1948
4.2.1   Faktor –faktor  pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
4.2.2.  Langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
4.2.3.  Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
4.2.4.  Tokoh penggerak Persekutuan Tanah Melayu

4.3.     Pergerakan politik di Sabah dan Sarawak
Memahami proses pembentukan Malayan Union dan Perlembagaan Tanah Melayu 1948 ke arah pembinaan negara dan bangsa
Aras 1
1.1    Menyatakan ciri-ciri gagasan Malayan Union 1946
1.2    Menyenaraikan bantahan orang Melayu, Raja-raja Melayu, dan sokongan orang dagang kepada terhadap Malayan Union
1.3    Menyenaraikan isi Perjanjian 1948
1.4    Menyenaraikan langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Aras 2
2.1    Menghuraikan isi Perjanjian Malayan Union 1946
2.2    Menghuraikan sebab-sebab bantahan orang Melayu, Raja-raja Melayu, dan sokongan orang dagang kepada terhadap Malayan Union
2.3    Membincangkan tokoh-tokoh utama dalam proses pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Aras 3
3.1    Menghubungkaitkan Malayan Union dengan pembinaan negara dan bangsa
3.2    Menganalisis kepentingan Malayan Union kepada politik orang Melayu
3.3    Menghuraikan kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa
3.4    Menghubungkaitkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan Perjanjian Merdeka 1957
Gagasan Malayan Union



Jus Soli
Kajian Teks


Gambar
Berbangga sebagai rakyat Malaysia
Menghormati raja
Semangat kekitaan
Semangat setia negara
Simulasi: Kata-kata yang dilahirkan dalam menentang Malayan Union.


Perbincangan: Ciri-ciri Malayan Union
*12 Februari
Cuti Tahun Baru Cina












*23 Feb  Merentas Desa
                                                                    
                                                                                                  UJIAN 1   (25 FEBRUARI- 1 MAC)

MINGGU/ TARIKH
TEMA/TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN
KONSEP /
ISTILAH
BBM
UNSUR PATRIOTISME
AKTIVITI PEMBELAJARAN
CATATAN
10
04/3-08/3







11
11/3-15/3






BAB 5:
Pembinaan Negara Bangsa Yang Merdeka
5.1.    Sistem ahli
5.1.1. Ciri-ciri sistem Ahli
5.1.2. Proses perlaksanaan  dan kepentingan Sistem Ahli
5.2.    Pakatan murni
5.2.1. Perikatan
5.2.2. sistem  pilihanraya bandaran negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan 1955
5.3.    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
5.3.1. Suruhanjaya Reid
5.3.2. Isi-isi penting Persekutuan Tanah Melayu 1957
Memahami usaha-usaha ke arah kemunculan negara dan bangsa yang berdaulat

Aras1
1.1  Menyatakan maksud sistem ahli
1.2  Menyatakan hasil pakatan murni
1.3  Menyatakan syarat-syarat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

Aras 2
2.1  Menghurai kepentingan sistem ahli dan pakatan murni
2.2  Menjelaskan usaha ke arah kemerdekaan negara
Aras 3
3.1  Menghubungkaitkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dengan kedaulatan negara dan bangsa



Pakatan murni

Kemerdekaan

Kedaulatan

Pemasyhuran

Pengisytiharan

Petikan Dokumen Perisytiharan di Melaka


Video perisytiharan kemerdekaan
Mengamalkan sikap tolak ansur

Menghargai kedaulatan negara










Kajian dokumen Perisytiharan kemerdekaan di Melaka


MINGGU/ TARIKH
TEMA/TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN
KONSEP /
ISTILAH
BBM
UNSUR PATRIOTISME
AKTIVITI PEMBELAJARAN
CATATAN
      12
18/3 – 22/3












BAB 6:
 Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia
6.1.    Cadangan ke arah Pembentukan Malaysia 1963
6.2.    Faktor–faktor Pembentukan Malaysia
6.2.1.  Faktor politik
6.2.2.  Faktor ekonomi
6.2.3.  Faktor social




Aras 1
1.1  Menyatakan idea pembentukan gagasan Malaysia
1.2  Menyenaraikan sebab pembentukan Malaysia
1.3  Menyatakan reaksi dalam negara terhadap pembentukan Malaysia
1.4  Menyenaraikan syarat Perjanjian Malaysia 1963
Aras 2
2.1  Menghuraikan sebab- sebab pembentukan Malaysia
2.2  Menyusun secara kronologi peristiwa pembentukan Malaysia
Aras 3
3.1  Menganalis usaha pemimpin negara menangani reaksi luar bagi mengekalkan negara Malaysia yang berdaulat

Buku teks
Video
Sedia berkorban

Sentiasa bersatu padu

Kajian gambar:
Peristiwa pembentukan Malaysia

Perbincangan:
Reaksi negara luar terhadap pembentukan Malaysia

Kajian dokumen:
Perjanjian Malaysia



                                                                   CUTI  PERTENGAHAN PENGGAL 1  (23 MAC – 31 MAC 2013)


MINGGU/ TARIKH
TEMA/TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN
KONSEP /
ISTILAH
BBM
UNSUR PATRIOTISME
AKTIVITI PEMBELAJARAN
CATATAN
      13
1/4-5/4






BAB 6:
 Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia

6.3.     Reaksi terhadap pembentukan Malaysia
6.3.1. Dalam negara
6.3.2. Luar negara
6.4.    Langkah- langkah pembentukan Malaysia
6.5.    Perjanjian Malaysia 1963
6.5.1.  Intipati Perjanjian Malaysia 1963
Aras 1
1.5  Menyatakan idea pembentukan gagasan Malaysia
1.6  Menyenaraikan sebab pembentukan Malaysia
1.7  Menyatakan reaksi dalam negara terhadap pembentukan Malaysia
1.8  Menyatakan reaksi luar negara terhadap pembentukan Malaysia
1.9  Menyenaraikan syarat Perjanjian Malaysia 1963



Aras 2
2.3  Menghuraikan sebab- sebab pembentukan Malaysia
2.4  Menyusun secara kronologi peristiwa pembentukan Malaysia
2.5  Menjelaskan reaksi negara luar terhadap pembentukan Malaysia
Aras 3
3.2  Menganalis usaha pemimpin negara menangani reaksi luar bagi mengekalkan negara Malaysia yang berdaulat

Buku teks
Video
Sedia berkorban

Sentiasa bersatu padu

Kajian gambar:
Peristiwa pembentukan Malaysia

Perbincangan:
Reaksi negara luar terhadap pembentukan Malaysia




Kajian dokumen:
Perjanjian Malaysia





14
8/4 – 12/4
BAB 7:
Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

7.1.    Ciri-ciri demokrasi berparlimen
7.1.1. Perlembagaan
7.1.2. Raja  Berperlembagaan
7.1.3. Badan pemerintah
7.1.4. Pilihanraya
7.1.5. Parti politik di Malaysia sehingga tahun 1963
Memahami ciri-ciri demokrasi berparlimen di Malaysia
Aras 1
1.1  Mentakrif demokrasi berparlimen
1.2  Menyenaraikan ciri-ciri demokrasi
1.3  Menjelaskan konsep keluhuran perlembagaan
1.4  Menyenaraikan kuasa Yang di-Pertuan Agong
1.5  Menyatakan proses pilihanraya
1.6  Menyatakan pihak yang terlibat dalam pilihanraya
1.7  Menyenaraikan parti-parti politik yang ditubuhkan sehingga tahun 1963.

Aras 2
2.1  Menjelaskan ciri-ciri demokrasi berparlimen
2.2  Menjelaskan kepentingan perlembagaan
2.3  Mengelaskan proses pindaan perlembagaan
2.4  Menggalurkan perkembangan parti politik di Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah selepas Perang Dunia ll

Aras 3
3.1  Merasionalkan perlembagaan memperuntukan perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan
3.2  Mewajarkan peranan rakyat dalam menentukan pemerintahan negara

Demokrasi
Perlembagaan

Keluhuran
perlembagaan

Raja berpelembagaan

Parlimen

Jemaah Menteri

Pengasingan kuasa

Pilihanraya

Badan pelaksana
Badan kehakiman
Badan Perundangan
Dewan Negara
Dewan Rakyat
Ordinan
Enakmen
Akta

Cabutan dokumen negara (Perkara
3, 5, 8, 11,
152 & 153)

Sedia berkorban

Sentiasa bersatu padu

Patuh kepada peraturan dan undang-undang

Bertanggung jawab dalam
kepemimpinan


Menunaikan hak dan tanggungjawab
Mengamalkan sikap muafakat
Kekayaan negara dinikmati bersama

Mengkaji dokumen (cabutan perlembagaan)

*12 April  Hari Anugerah Cemerlang /CP2
15
15/4-19/4
7.2.    Negara Persekutuan
7.2.1. Kerajaan Persekutuan

Memahami kuasa Kerajaan pusat dan kerajaan negeri

Aras 1
1.1  Menyatakan maksud kerajaan persekutuan
1.2  Menyatakan senarai kuasa kerajaan negeri
1.3  Menyatakan bidang kuasa senarai bersama

Aras 2
2.1  Menghuraikan bidang kuasa kuasa kerajaan negeri
2.2  Menghuraikan bidang kuasa senarai bersama

Aras 3
3.1   Menghuraikan kepentingan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi mewujudkan sebuah kerajaan persekutuan yang kukuh
3.2   Merasionalkan kepentingan pembahagian kuasapengukuhan jati diri bangsa Malaysia

Kerajaan persekutuan
Kerajaan pusat
Kerajaan negeri
Senarai bersama
Setia negara

Jati diri

Grafik bidang kuasa
negara
kerajaan pusat, kerajaan negeri dan senarai bersama


Berbincang berpandukan bahan grafik  bidang kuasa
Kerajaan pusat, kerajaan negeri dan senarai bersama



16
22/4-26/4
7.3.    Lambang-lambang negara
7.3.1. Jata Negara
7.3.2. Bendera Malaysia
7.3.3. Lagu Kebangsaan

Memahami kepentingan memartabatkan lambang-lambang negara
Aras 1
1.1  Menyenaraikan lambang-lambang negara
1.2  Menyatakan makna yang terdapat pada lambang-lambang negara


Aras 2
2.1  Mentafsir lirik lagu kebangsaan
2.2  Menghuraikan fungsi lambang- lambang negara

Aras 3
3.1   Menganalisis peranan lambang-lambang negara ke arah pengukuhan jati diri bangsa Malaysia






Jata

Lambang-lambang
Menghormati dan menghayati lambang-lambang negara
Bersikap jati diri

Mentafsir lambang-lambang negara
Menyanyikan lagu kebangsaan




MINGGU/ TARIKH
TEMA/TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN
KONSEP /
ISTILAH
BBM
UNSUR PATRIOTISME
AKTIVITI PEMBELAJARAN
CATATAN
17
29/4 – 3/5
















BAB 8:
Pembangunan dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan
8.1.   Pembangunan ekonomi
8.1.1.Rancangan Lima Tahun
-  Rancangan Malaya l
-  Rancangan Malaya ll
a)    Rncgn Malaysia l
b)    Rncgn Malaysia ll
c)    Rncgn Malaysia III
d)    Rncgn  Malaysia IV
e)    Rncgn  Malaysia V

8.1.2.  Dasar-dasar Pembangunan Ekonomi
Negara
i.    Dasar Pertanian Negara
ii.   Dasar Penswastaan
iii.  Dasar Pensyarikatan
iv.  Dasar Hala Cara Baru
v.   Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran  Baru
vi.  Dasar Kependudukan
Menilai rancangan-rancangan pembangunan ekonomi negara untuk kesejahteraan rakyat
Aras1
1.1  Menyenaraikan rancangan pembangunan ekonomi negara
1.2  Menyatakan matlamat dan usaha yang dilaksanakan dalam Rancangan Lima Tahun
1.3  Menyatakan dasar-dasar ekonomi negara
Aras 2
2.1  Menghuraikan matlamat dan usaha yang dilaksanakan dalam Rancangan Lima Tahun
2.2  Mengelaskan objektif, matlamat dan usaha-usaha yang dilaksanakan dalam Dasar Ekonomi Baru
2.3  Menjelaskan dasar-dasar Pembangunan Ekonomi Negara
Aras 3
3.1  Membincangkan kejayaan Dasar Ekonomi Baru ke arah perpaduan dan kesejahteraan rakyat






*1 MEI
Cuti Umum Hari Pekerja

                                                                                                   MINGGU    18   -     MINGGU  20
                                                                       PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 ( 2-21 MEI 2013)
                                                                              SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH (23 MEI 2013)

                                                                                CUTI PERTENGAHAN TAHUN    (24 MEI  -  9 JUN 2013)
                                                                                                                 2 MINGGU

                                         MINGGU 21 (10 – 14 JUN  2013)    :  PERBINCANGAN KERTAS SEJARAH 1 & 2 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
22
17/6 –21/6

8.2.     Pembangunan dan perpaduan bangsa
8.2.1.  Rukun Negara
8.2.2.  Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah             Pendidikan Kebangsaan
8.2.3.  Akta Bahasa Kebangsaan
8.2.4.  Dasar Kebudayaan Kebangsaan
8.2.5.  Sukan Untuk Perpaduan
Memahami usaha-usaha ke arah pembangunan dan perpaduan bangsa

Aras 1
1.1  Melafazkan prinsip-prinsip Rukun Negara
1.2  Menyatakan langkah-langkah ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan
1.3  Menyatakan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.4  Menyatakan  kandungan  Akta Bahasa Kebangsaan
1.5  Menyatakan prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan
1.6  Menyatakan kepentingan Sukan Untuk Perpaduan
Aras 2
2.1  Menghuraikan kepentingan prinsip-prinsip  Rukun Negara
2.2  Menjelaskan kepentingan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.3  Menjelaskan peranan Bahasa Kebangsaan, Kebudayaan Kebangsaan dan sukan ke arah membentuk perpaduan
2.4  Menghuraikan langkah-langkah ke arah memartabatkan Bahasa Melayu
Aras 3
3.1   Mengupas idea-idea Rukun Negara sebagai ideologi ke arah perpaduan


Melibatkan diri dalam program perpaduan


Kajian Teks:
Dasar Pelajaran Kebangsaan


Melafazkan ikrar Rukun Negara

Mentafsir prinsip-prinsip Rukun Negara



23
24/6 - 28/6

8.3.       Malaysia ke arah negara maju

8.3.1.   Wawasan 2020
8.3.2.   Idea dan konsep
8.3.3.    Sembilan cabaran utama

Memahami usaha Malaysia menghadapi cabaran kontemporari dan masa depan ke arah negara maju
Aras 1
1.1  Menyatakan matlamat Wawasan 2020
1.2  Menyenaraikan sembilan cabaran Wawasan 2020
1.3  Menyatakan usaha-usaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020
Aras 2
2.1  Menghuraikan sembilan cabaran Wawasan 2020
2.2  Menjelaskan usaha-usaha yang diambil untuk mencapai matlamat Wawasan 2020
Aras 3
3.1  Membincang strategi Malaysia dalam menghadapi cabaran masa kini
3.2  Membincangkan tanggungjawab murid dalam merealisasikan Wawasan 2020

Globalisasi


Membudayakan ilmu
Tabah menghadapi cabaran



*28 Jun Sukan Sekolah/CP3
MINGGU/ TARIKH
TEMA/TAJUK
HASIL PEMBELAJARAN
KONSEP /
ISTILAH
BBM
UNSUR PATRIOTISME
AKTIVITI PEMBELAJARAN
CATATAN
24
1/7-5//7
TEMA 12:
MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT   ANTARA BANGSA
BAB 9:
Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

9.1.   Konflik antarabangsa
9.1.1 Perang Dunia l dan Perang Dunia ll

Memahami punca dan kesan Perang Dunia l dan Perang Dunia ll

Aras 1
1.1  Menyatakan negara yang terlibat dalam Perang Dunia l dan Perang Dunia ll
1.2  Menandakan lokasi dalam peta kuasa besar yang terlibat dalam Perang Dunia l dan Perang Dunia ll

1.3  Menyatakan sebab-sebab meletusnya Perang Dunia l dan Perang Dunia ll
1.4  Menyenaraikan kesan Perang Dunia l dan Perang Dunia ll
1.5  Menyatakan tujuan penubuhan Liga Bangsa

Aras 2
2.1  Membandingkan sebab Perang Dunia l dan Perang Dunia ll
2.2  Menghuraikan kesan Perang Dunia L dan Perang Dunia ll

2.3  Menghuraikan sebab-sebab kegagalan Liga Bangsa
Aras 3
3.1  Menghubungkaitkan kesan Perang Dunia l dengan tercetusnya Perang Dunia ll
3.2  Menganalisis implikasi perang dunia terhadap keamanan dan kesejahteraan dunia sejagat

Kuasa Paksi

Kuasa Berikat

Kuasa besar

Grafik

Sedutan filem perang
Video
Peta
Bersatu padu dan berharmoni

Menghormati kedaulatan negara-negara yang merdeka

Adil dan bertimbang rasa


Mematuhi peraturan dan undang-undang

Perbincangan

Pengurusan Grafik:
Sebab-sebab dan kesan Perang Dunia l, Perang Dunia ll dan Perang Dingin

Menonton video Perang Dunia
Melabel peta
*5 Julai Hari Koperasi Sekolah
25
8/7– 12/7
9.1.2. Kemunculan blok dunia dan Perang Dingin                (Kemunculan negara-negara ketiga)
Memahami sebab-sebab berlakunya kemunculan blok dunia dan perang dingin

Aras 1
1.1  Menyatakan maksud blok dunia
1.2  Menyatakan maksud Perang Dingin
1.3  Menyenaraikan sebab pembentukan blok dunia
1.4  Menyenaraikan negara-negara yang terkandung dalam Blok Dunia
1.5  Menyenaraikan sebab-sebab berlakunya Perang Dingin

Aras 2
2.1  Menghuraikan sebab berlakunya Perang Dingin
2.2  Menghuraikan kesan Perang Dingin terhadap kemunculan negara-negara dunia ketiga

Aras 3
3.1  Menghubungkaitkan Perang Dingin terhadap rantau Asia Tenggara

Blok Dunia

Tabir besi

Perang Dingin

Ideologi

Negara dunia ketiga

Kapitalisme

Komunisme
Carta / grafik

Peta minda
Tolak ansur dalam menghadapi konflik
Membandingkan ideologi komunisme dangan kapitalisme

Peta minda:
Sebab-sebab berlakunya Perang Dingin

26
15/7-19/7

9.2.    Peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan
Antarabangsa
9.2.1  Dasar luar Malaysia
i.   Asas penggubalan
ii.  Kepentingan dasar luar Malaysia
iii. Perkembangan dasar luar Malaysia
Memahami dasar luar Malaysia
Aras 1
1.1  Menyatakan dasar luar Malaysia
1.2  Menyatakan asas penggubalan dasar luar Malaysia
1.3  Menyenaraikan kepentingan dasar luar Malaysia
1.4  Menyatakan perkembangan dasar luar Malaysia
Aras 2
2.1  Menghuraikan asas-asas yang mempengaruhi dasar luar Malaysia
2.2  Membincangkan perkembangan dasar luar Malaysia selepas merdeka
Aras 3
3.1  Merasionalkan sebab-sebab perubahan dasar luar daripada pro-barat kepada dasar berkecuali
3.2  Menjelaskan kepentingan hubungan luar
Dasar luar

Hubungan diplomatik


Pro-barat

Dasar berkecuali
Peta minda
Berbangga sebagai rakyat Malaysia
Bekerjasama mengekalkan keamanan dunia
Membina peta minda :
Asas penggubalan dasar luar
Perbincangan:
Kepentingan dasar luar negara

27
22/7 – 26/7
9.3.   Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
i.    Komanwel
ii.   Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
iii.   Pertubuhan Negara-negara Berkecuali
v.   Negara-negara Selatan

vi.   Pertubuhan Persidangan Islam

Memahami peranan dan sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa
Aras 1
1.1  Menyatakan maksud pertubuhan antara bangsa
1.2  Menyatakan penubuhan pertubuhan antarabangsa dan matlamatnya
1.3  Menyenarai pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia
1.4  Menyatakan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
Aras 2
2.1  Menghuraikan peranan dan sumbangan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
2.2  Menjelaskan faedah yang diperolehi Malaysia sebagai ahli pertubuhan  antarabangsa
Aras 3
3.1  Membuktikan keberkesanan peranan Malaysia di peringkat antarabangsa

Kuasa veto

Komanwel
Petikan Perisytiharan Langkawi

Grafik / gambar
Bersefahaman dan bermuafakat

Semangat kejiranan
Perbincangan:
Peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa

Kajian Dokumen Langkawi

Pengurusan Grafik:
Faedah yang diperoleh Malaysia sebagai anggota pertubuhan antarabangsa

28
29/7- 2/8
Dan
29
5/8-6/8
9.4.  Malaysia dalam pertubuhan serantau
i.    ASA
ii.   MAPHILINDO
        iii.  ASEAN9.5. 
     Cabaran masa depan
     (ICT, K-Ekonomi, dan K-Society)




Memahami peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau
Aras 1
1.1  Menyatakan maksud pertubuhan serantau
1.2  Menyatakan pertubuhan yang dianggotai Malaysia di peringkat serantau
1.3  Menyatakan tujuan penubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN
1.4  Menyenaraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau
Aras 2
2.1  Menjelaskan tujuan dan pencapaian  ASA, MAPHILINDO, dan ASEAN
2.2  Menghuraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN
2.3  Menjelaskan faedah yang diperoleh Malaysia sebagai anggota ASEAN

Aras 3
3.1  Menghubungkaitkan ZOPFAN dengan keamanan dan kestabilan serantau
Memahami usaha Malaysia menghadapi cabaran masa depan ke arah negara maju
Aras 1
1.1  Menyatakan maksud globalisasi
1.2  Menyatakan maksud ICT, K-Ekonomi, dan K-Society



ZOPFAN
serantau
Grafik

Peta
Bersedia menghadapi cabaran
Negara kita tanggungjawab kita
Pengurusan grafik:
Penubuhan dan matlamat pertubuhan antarabangsa
Kajian peta:
Negara-negara ASEAN